kata orang dalam setiap jiwa kita pasti punya rasa..namun sungguh,telah ku buang rasa itu sejauh-jauhnya dari hatiku..ku fikir rasa itu telah berlalu..rupanya tetap utuh menghuni hatiku..kala ini membuat aku sungguh rindu..rindu pada dia yang sudah tiada..rindu pada dia yang bukan sepatutnya ada dalam jiwa..setiap kali wajahnya..setiap kali ku ingat gelak tawanya..setiap kali ku ulang setiap katanya..luluh hati ku merindui dia..setiap kali aku lakarkan kisah tentang dia..setiap kali itu juga airmata menitis dan jiwa ku bergelora..mengapa dia tak pernah luput dari jiwa..berkali-kali ku cuba biarkan dia pergi..namun dia tetap wujud di satu ruang yang tiada siapa tahu..iaitu ruang hati....disini sekali lagi ku ceritakan kisah tentang dia..walaupun dia sendiri tak pernah tau----------------------
hari ni hari pertama pendaftaran bagi pelajar baru untuk kemasukkan julai bagi kolej kuala lumpur..ramai pelajar dan ibu bapa kelihatan di perkarangan kolej..jauh di satu sudut ada seorang gadis manis bersama kedua ibu bapanya juga sedang siap mendaftarkan dirinya di kolej tersebut..di dadanya ada satu tanda nama yang tertera 'norhana"...orangnya cantik..gadis ini datangnya dari kuala lumpur juga..norhana satu-satunya anak yang di miliki oleh puan syikin dan encik harun..setelah selesai semuanya para pelajar di minta mengambil kunci bilik masing2 dan berkumpul di dewan selepas itu..itu bermakna masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada keluarga..hana memeluk ibunya erat..dan dia tak lupa mencium tangan kedua orang tuanya tanda mohon restu..
bergenang airmata di kelopak mata puan syikin..kerana sebelum ini dia tidak pernah berpisah dengan hana..mana saja dia pergi hana selalu je ada menemani..sekarang hana perlu berdikari..
encik harun: "yang awak menangis ni knp mamanya..budak tu bukan kemana pun..dia nak belajar..tambah ilmu pengetahuan..awak ni buat malu sy je"
puan syikin:"awak apa tahu..sy mana pernah berpisah dengan anak kita ni..mestilah sy sedih" bentak puan syikin pada suaminya..
encik harun:"kalau ya pun dah2 le tu..ni pun anak sy jugak..awak igt sy tak sedih..sudah tu..mari kita balik..hana ni dah besar panjang..tau lah dia jaga diri..lagipun cuti nanti baliklah dia tu" encik harun cuba memujuk isteri tercintanya..
puan syikin masih lagi memeluk erat puterinya itu..berat rasa hati nak melepaskan satu2 puterinya yang ada..puan syikin risau kerana hana tak pernah berjauhan darinya..
hana: "ma...hana takkan apa2..kat sini ramai kawan..hana jaga diri hana baik2..mama jangan risau ya..nanti bila hana cuti..hana balik jenguk mama nanti ek..mama balik dulu dengan papa..mama jaga kesihatan dan tunggu hana balik bila cuti ek.." hana dengan lembut memujuk mamanya...
puan syikin berkali-kali mencium hana..terlalu berat kaki nya mahu melangkah meninggalkan puterinya di tempat yang asing bagi puterinya..namun sudah tiba masanya dia biarkan hana berdikari tanpa jagaan nya..hana bergegas mencari biliknya..bilik bernombor 5679..akhirnya hana terjumpa juga..hana mengetuk pintu dan memberi salam mana tau kalau2 rakan yang sebilik dengannya telah datang lebih awal..hana tidak mahu di katakan kurang adat hanya masuk melulu sahaja..
dari dalam satu suara menjawab salam hana..lalu daun pintu di buka..berdiri di depan hana gadis tinggi lampai yang juga sebaya dengan hana..tersenyum manis pada hana dan menyambut beg di tangan hana..sungguh baik gadis itu..siapakah dia..
aryani:" hai,,saya aryani..u ...?"
hana:" hana...norhana"
hana menghulurkan salam tanda perkenalan..rupanya gadis tinggi lampai itu bernama aryani..cantik namanya secantik orangnya juga..setiap bilik hanya ada 3 orang saja penghuni..hana melihat ada satu katil lagi yang kosong..mungkin ada lagi seorang kawan sebiliknya yang terlewat sampai..sedang dia rancak bersembang dengan aryani pintu di buka..seorang gadis dengan berkasut tinggi..dengan make up seperti artis meluru masuk..tanpa memberi salam pun..
azreen:"eeeeea!!!!ni ke bilik nya..kotornya..tak kuasa aku nak tinggal kat bilik mcm ni..kat sini takde sediakan bilik untuk vvip ke.."
gadis itu membebel sendiri..hana dan yani hanya mendengarnya dan tersenyum..hana menghampirinya..begitu juga dengan yani..
hana: "kalau awak tak mahu berkongsi katil..awak boleh ambil katil yang satu tu..biar sy yang kongsi katil dengan yani.." kata hana lembut..
azreen: "owh!!!..thanks..i mmg tak minat kongsi2 ni..i tak biasa share barang i dengan orang.."
azreen sedikit berlagak..yani mencebik bibirnya..namun hana segera mencubitnya..hana tidak mahu yani begitu..nanti apa kata azreen..biasalah orang ni mcm2 ragam dan hana telah nersedia hadapi apa pun bila dia jejak saja kaki nya ke kolej tersebut..setelah berkenalan sesama teman sebilik..masa nya untuk berkumpul di dewan................. ( bersambung )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan