INILAH AKU PART 5


 sambil ubat kaki tu aku perlu buat pembedahan untuk jantung plak..sebab jantung aku makin teruk..jantung aku tak normal..lebih besar dari jantung orang biasa..doktor masukkan 6 tiub ke jantung aku untuk kuat kan jantung aku..tiub tu boleh bertahan selama 13 tahun..lepas tu kena tukar..masukkan dah sakit gila..doktor aku kata kuar kan dan tukar lagi sakit dari masukkan..aku harap masa nak tukar tu aku dah takde kot..sebab aku dah takmo rasa sakit..dah terlalu banyak aku rasa sakit dlm hidup aku..berbulan-bulan kat IJN..aku boleh balik..aku jalani hidup aku mcm biasa..namun tanpa dia lagi disisi..masa tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia..bukan sebab apa..itu adalah untuk kebaikan dia..aku tak mahu dia terus tak bertegur sapa dengan mak dan ayah dia.
sebulan kat umah keadaan aku makin pulih..aku makin boleh berjalan..walaupun jalanan aku tak betul mcm ketam..aku tetap bersyukur kerana aku masih berpeluang berjalan..kekadang terasa bosan kerana asyik kat umah jer..takde apa nak buat..tapi aku kena terima keadaan tu seadanya..sejak pembedahan masukkan tiub ke jantung tu..aku makin sihat..cuma sesekali demam biasa tu adalah perkara kecil jer..tapi aku tahu semua tu takkan boleh sembuhkan aku..semua tu hanya bagi aku peluang untuk bertahan terus kan sisa hidup yang ada ini..dan aku tak pernah mengharapkan aku sembuh sejak doktor bagitau aku semua tu..malah aku redha masih dapat bernafas dan masih berpeluang merasai mcmana mencintai dan dicintai seorang yang bernama suami..
tinggalkan kisah sakit..kisah pertemuan pertama kali aku bersama suami..cinta hati yang terlalu aku cintai dari dulu,kini dan insyaallah selamanya dia tetap akan aku cintai...............bersambungnya.... ^_^

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan