disini selalu ku bicarakan kisah tentang mereka..tapi mungkin mereka tak perasan..
tapi apa yang aku coretkan semuanya tentang insan-insan yang aku sayang dalam hidup aku..
mereka semua adalah semangat untuk aku terus berbicara merungkai rahsia hati ku disini..
dalam hidup aku terlalu banyak dugaan yang aku harungi..kadang aku mampu bertahan..
namun kekadang aku jatuh lalu rebah dan tersungkur kerana saat hati lemah dan tak mampu bertahan lagi..
aku tahu tuhan bagi aku banyak ujian kerana tuhan tau aku mampu harunginya..kerana tuhan tau hati aku kuat..dan di sebalik hati yang kuat ini..aku lebih tabah kerana aku punya mereka semua yang aku sayangi dalam hidupku..dengan ujian yang di beri tidak sekalipun aku rasa tuhan itu tak adil..kerana aku tahu tuhan itu maha adil..ayah tercinta ku pernah berkata pada ku..jangan di tangisi dengan takdir yang tuhan beri..kerana sesungguhnya kita manusia ini datang dari dia..dan akan kembali pun padanya satu hari nanti..
hingga ke hari ni aku ingat pesan ayah ku..pesanan itu ku simpan utuh dalam hati ku..selagi nyawa di kandung badan..aku akan selalu ingat..ianya menjadi penawar buat aku kala hati aku tewas sesekali lalu hampir putus asa dengan ujian dunia..
dulu aku punya dia..namun kini dia dah takde..dulu dia lah yang menjadi teman setia kala duka..kini aku sendiri bila berduka..aku relakan dia berlalu jika itu yang terbaik buat dia..kerana dalam dunia ini tiada satu pun yang aku punya..begitu jugak dia..dia pergi pasti ada rencananya..cuma mungkin hati ini tak memahaminya..
kemudian aku biarkan pula kamu hadir..menghias hariku dengan seribu tawa dan gurau senda..
tapi atas sebab apa aku pun tak pasti..kamu juga berlalu pergi..mungkin kamu mencari haluan hidup kamu sendiri..dan aku mengerti..
kini aku teruskan hidup seperti biasa..hari-hariku hanya bertemankan bicara tanpa suara..
hati terasa kosong namun tetap bersyukur di beri peluang masih bernyawa..pada dia dan kamu..
walau kini tiada lagi disisi..doa ku tetap ku kirimkan dari kejauhan moga kalian tetap bahagia dan selalu diredhai...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan