ADUHAI HATI



aduhai hati suka sangat fikir yang bukan2
yalah kalau dia tak call fikir lain
bila dia call tiap2 hari pun fikir lain jugak
tetiba aku rasa seperti aku nih tak bersyukur dengan anugerah tuhan

sedangkan aku selalu cakap tiada manusia yang sempurna
setiap kelebihan pasti ada kekurangannya
sepatutnya aku ajar hati ku untuk terus bersyukur
bukannya asyik fikir yang bukan2 dan merungut

Ya Allah ampun kan lah aku
tenangkan lah hati ku
beri hati ku petunjuk
moga aku menjadi isteri yang selalu bersangka baik
pada suami ku..

nampaknya aku biarkan hati menguasai diri
itu yang membuat aku fikir yang bukan2
seseorang pernah berkata pada ku
jangan biarkan hati menguasai diri
kerana ikutkan hati boleh mati kita di buatnya

dalam hidup aku,aku terlalu cintai suamiku
aku menangis untuk dia
terluka kerana dia pun takpe
janji dia selalu ada..

bukan aku nak berperasaan begitu
tapi hati ini terlalu mencintainya
lebih dari aku mencintai diri aku sendiri...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan