RASA YANG TERTINGGAL part 3

  yani dan yang lain terkejut bila melihat danial mengdukung hana..apa telah terjadi dengan hana..mereka semua berlalu mendapatkan hana..danial meletakkan hana ke bawah dan membuka kasut hana kerana ingin melihat keadaan kaki hana sama ada cedera terul atau tidak..jika cedera teruk makan game itu terpaksa di hentikan..pergelangan kaki hana sedikt bengkak..tapi hanya terseliuh..danial bertanya pada semua orang kalau2 ada minyak urut..kaki hana tidak boleh di biarkan begitu..perlu di letak minyak urut dan di bungkus..supaya bentam di kaki nya cepat surut..semua orang menggelengkan kepala tanda tiada minyak urut..kemudian azreen datang bersama satu beg besar..ntah apa yang ada dalam beg itu..

     azreen:"abg nail i ada minyak urut." azreen membuka beg nya..semua mata terbeliak..semua benda ada dalam beg tersebut..patutlah beg nya yang paling besar mcm orang nak balik kampung..rupanya dia bawa segala jenis ubat di dalam beg nya..kemudian semua orang seakan terasa bau semacam..semua mencari bau tersebut..azreen terlupa untuk menukar seluarnya yang terkena kencing tadi..


    yani:"kau kencing dalam seluar ek?" kuat suara yani hinggakan semua dengar apa yang dia cakap..

    azreen: "mana ada...agaknya terkena masa hana jatuh tadi..kan hana kan.."... muka azreen merah padam..mereka semua tersenyum-senyum..hana yang kesakitan hanya tersenyum sedikit melihat azreen yang malu2..bukan dia sengaja pun..dia terperanjat hana jatuh hingga terkencing..danial menggosok perlahan kaki hana..hana hanya memandang danial..dalam hatinya merasa baik jugak lelaki ini..sedangkan dia dgr dari semua pelajar di kolej tersebut danial satu2 nya lelaki yang tak punya perasaan..

     danial: "kamu rasa mcmana..?boleh berjalan tak..?kita nak bina khemah di depan tu"
danial menunjukkan tempat yang sepatutnya khemah di bina..lebih kurang 100 meter dari tempat mereka berehat sekarang..mereka memulakan balik perjalanan..hana di papah oleh yani dalam keadaan terhenjut-henjut hana berjalan..muka nya kelihatan seolah-olah menahan kesakitan..yani kesian melihat kawannya itu..

     yani: 'ko boleh jalan tak ni..?"

    hana cuma mengangguk perlahan..namun sakitnya hanya tuhan saja tahu..pasti kaki nya makin bengkak besok kerana dia memaksa kaki nya berjalan..yani melihat hana kelihatan begitu kesakitan..

     yani: "meh aku dukung ko nak"

    hana:"isk....takpe aku boleh jalan..lagipun larat ke ko nak dukung aku.."

    yani:"apa plak tak larat..aku selalu dukung mak aku hantar pergi hospital.." mak yani sakit buah pinggang..dia tiada bapa..hanya ada ibunya dan 2 orang adik perempuan yang masih besekolah..namun hidup nya tak susah..kerana arwah bapanya tinggalkan banyak harta untuk mereka semua..ayahnya dulu orang berada..

    hana:"takpe..aku boleh tahan lagi ni..."

muka hana semakin pucat..langkahnya makin lemah..akhirnya dia pengsan....... bila hana tersedar dari pengsannya hana melihat dia berada di dalam khemah..yani dan yang lain2 tiada pula..dia di khemah siapa...dia cuba bangun..namun badannya lemah kerana dia telah demam..rupa-rupanya sudah 3 jam dia pengsan..jam menunjukkan pukul 4 pagi..danial yang dari luar melihat hana cuba bangun membuka khemah kerana mungkin gadis itu perlukan apa2..

    danial:"nak apa2 ke..?" dengan suara nya yang sedikit garau..

    hana:"mana kawan2 sy..?"

    danial:"mereka ada khemah sebelah" lalu ingin berlalu kerana tiada apa yang di minta oleh norhana..namun belum sempat danial berpaling hana meminta sedikit air..

    hana:"sy nak air..leh tolong ambikkan sy air"

   danial: "baik...." lalu dia memberikan hana segelas air dan segera berlalu..lelaki itu mmg tidak banyak cakap orangnya..dari belakang kedengaran suara2 dan bunyi tapak kaki..rupa-rupanya kawan2 lain sudah sampai ke situ kerana game itu terpaksa di hentikan........sementara menunggu siang untuk keluar dari hutan..malam itu mereka rancak bersembang..hana yang didalam khemah pun dapat mengdengar suara abg2 seniornya gelak..dalam hati dia berkata..kuat jugak gelak lelaki pendiam itu..nampak mcm pendiam..tapi bila dengan kawan2 nya riuh rendah juga hilai tawanya.................... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan