RASA YANG TERTINGGAL part 2

    malam itu semua berkumpulan di gelanggang bola jaring kerana saja senior tidak mahu di dewan..boleh jugak merasa dinginnya angin malam..setiap kumpulan akan bersama senior masing2..hati hana masih lagi berdebar-debar kerana sebentar lagi dia akan bertemu lagi dengan lelaki yang di langgarnya tadi..danial orangnya kurus sedikit..berkulit putih kuning..tinggi dan hensem...dia berasal dari negeri sembilan..
    dia pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik di kolej tersebut..begitu juga dengan dania..sama seperti danial dan mereka dalam bidang yang sama..jam menunjukkan pukul 10 malam..azreen dah mula menguap..agaknya azreen tido awal sewaktu di rumahnya dulu..hana dan yani masih lagi segar matanya..begitu juga dengan yang lain..malam itu di adakah permainan cari harta karun..setiap kumpulan 10 orang akan di bahagi kepada dua..5 orang akan ikut dania dan 5 orang lagi akan ikut danial..hana berharap janganlah namanya terpanggil dalam kumpulan danial..tidak mahu dia bersama kumpulan danial..kerana tiap kali berjumpanya..danial suka merenungnya dengan renungan yang tajam..seolah-olah nak makan dia..hana perlahan-lahan berdoa..

     hana: "ya Allah..janganlah bagi aku dalam kumpulan abg danial tu.."... tetiba namanya di panggil..

     dania:" norhana,ayrani,azreen.suzy dan farah ikut abg danial"

terperanjat norhana..tapi yang lain tersenyum je..masakan tidak suka berada bersama jejaka kacak itu..hana je yang risau kalau2 danial nanti sengaja menderanya kerana membalas dendam kejadian petang tadi..setelah di bahagikan 2 kumpulan setiap kumpulan..semua mengikut senior masing2..mereka hanya berjalan di hutan kecil belakang asrama mereka..namun jika hilang arah akan tersesat juga dan terpaksa tunggu siang lah jawabnya untuk keluar dari hutan tersebut..kerana malam keadaan hutan tak sama dengan siang..walaupun takde binatang buas..namun ular tetap ada..jadi harus berwaspada juga..
       permainan nya kumpulan mana yang jumpa dulu harta karun tersebut di anggap pemenang dan dapat hadiah..manakala yang terakhir sampai di garisan permulaan tadi akan di denda membersihkan kawan kolej..sepanjang perjalanan semua hanya tersenyum-senyum melihat danial..namun tiada seorang pun yang berani menegur danial..kerana danial terkenal di koleh itu dengan sedikit baran nya..pantang di cabar..jadi gadis2 hanya meminatinya dari jauh..suasana sunyi membuatkan aryani yang sememangnya suka bercakap menjadi bosan..aryani menghampiri danial..

     yani: "abg orang mana ek" tanya yani..
     danial:" negeri sembilan"
     yani:"oooo...negeri sembilan..... sy tak pernah pergi negeri sembilan " yani masih lagi sibuk bersembang..danial tidak menjawab apa2..hanya teruskan perjalanan..hana yang melihat danial hanya membisu menarik yani ke belakang..

     hana:"awak leh diam tak..kita kan dalam hutan ni"
     yani: "kalau kita dalam hutan knp..biarlah.."
     hana: "jangan nak ngada-ngada"  .... lalu di pegang tangan yani..supaya jangan lagi menyibuk dengan danial..sesampainya mereka ke check point yang pertama mereka jumpa bendera yang patut mereka kumpul..azreen pula asyik menguap je..agaknya mengantuk sangat..setelah agak jauh berjalan danial melihat semua seperti keletihan..

      danial: "semua nampak letih..kita rehat dulu".... lagipun mlm ni kita akan bermalam kat hutan..esok pagi baru kita balik ke asrama..kamu semua dah di khbrkan bawa keperluan masing2 kan..jadi kita rehat kat sini dulu..dalam 15 minit lagi kita cari tempat bina khemah..tetiba azreen asyik menarik lengan baju hana..hana hairan knp dgn kawannya itu..

      hana:"awak knp reen..?"

     azreen: " i nak terkucil nih..mcmana nih"...

     hana: "hah!!...sini mana ada tandas..awak tahan jelah"

     yani:"gila ko suruh dia tahan..mati budak tu karang"

     hana:" dah tu nak kencing kat mana tgh2 hutan ni.."

      azreen:"cepat lah u..i nak terkeluar dah nie.."

hana menggaru kepalanya yang tak gatal pun..takkan lah azreen nak kencing kat situ..dah lah gelap..lagipun dia malu nak jumpa danial bagitau yang azreen nak terkencing..

     hana:"reen...awak pergi lah bagitau abg danial tu"

     azreen:"what!!!taknak..meh lah temankan i"

     hana:"yani awak pergi lah temankan azreen"

     yani:" uish..taknak aku..ko lah pergi..ko pergi jelah "..yani menolak hana dan azreen pula menarik tangannya..ketika itu danial sedang sibuk melayan game di hp nya..

     hana:"eham2.." hana berdaham tanda dan danial menoleh padanya..jantungnya  terasa begitu bergetar..dia menarik nafas panjang..

     hana:"abg danial...ermmm....kawan sy ni dia nak...dia nak...ermmm..." ..... hana tergagap2...azreen yang dari tadi tahan sudah tidak tahan lagi..

     azreen:"i nak kencing!!".... cepat2 azreen menyambung kata2 norhana...danial tunjuk sebatang pokok dengan jarinya..

     azreen:"hah!!..u nak i kencing kat pokok tu..taknak lah i..hana i taknak kencing kat situ.." merengek azreen..

    hana:"depan tu ada sungai..sy teman dia ke sungai boleh..?" hana bertanya pada danial..

    danial:" mmmm..pegi arr klu x takut"....

hana menarik tangan azreen..namun azreen tetap tak mahu pergi..azreen ni penakut orangnya..tido pun takleh padam lampu..terpaksalah mereka tido bukak lampu..

     azreen:" i tak mo..i takut..ada hantu..'

    hana:" jom lah..isk! takde nya hantu..karang terkencing kat sini malu nanti..jomlah sy kan ada.."

     azreen: 'tak nak..i takut..i nak balik..." azreen mula nak menangis..hana memeluknya..danial yang melihat azreen hampir menangis bangun dari duduknya..

    danial:"jom sy hantar"

    azreen: "tp janji jangan tgk" dengan suara nya yang manja..hana mula merasa geram pada azreen kerana betul2 menyusahkan..sekarang danial terpaksa ikut..azreen turun ke sungai di temani hana..danial pula hanya tunggu tak jauh dari situ..semasa sedang menuruni jalan nak kesungai ntah mcmana hana terjatuh..azreen yang sememangnya kecoh apa lagi terjerit2..berlari danial ingatkan ada binatang berbisa atau apa yang menggigit hana mahupun azreen..

    danial: " knp nie?" agak cemas dan berlari mendapatkan norhana..kaki norhana terluka sedikit dan terseliuh..nasib baik tak patah..azreen yang nak terkencing tadi tidak perasan yang dia dah pun terkencing di dalam seluarnya sewaktu terkejut hana jatuh tadi..setelah menyedari yang dia dah terkencing..muka nya merah padam.......................... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan