KERNA AKU CINTA DIA



pada kamu yang pernah jatuh cinta
kamu pasti sanggup buat apa saja demi dia kan
sama macam aku..kerna aku cintakan dia
aku menangis setiap hari kerna dia pun hati aku tetap kata takpe
walau berkali-kali dia lukakan hati aku pun aku rela
dalam hati hanya kata kerna aku cinta dia..

maybe ada yang beranggapan bodoh terlalu mencintai seseorang
mungkin ada betulnya dan mungkin ada tidak betulnya
cinta seseorang buat kita rasa cukup bahagia
apatah lagi saat dia hargai kita
terasa diri sangat bermakna

namun kala cinta yang di beri di persia
memang terasa sakitnya
diri pula ibarat tak berharga dan langsung tak penting padanya kan
namun soal hati susah untuk kita ramalkan dan mengerti
terlalu misteri dan banyak rahsianya
hanya hati itu sendiri yang tahu
apa yang terbuku disitu..
namun hakikatnya manusia tak boleh hidup tanpa cinta
kerana cinta dan manusia sudah serasi
tanpa cinta hati kosong dan jiwa sunyi.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MACAM-MACAM ADA



sekarang macam2 ada kan..blog tumbuh bagaikan cendawan..hehehehe
tak lupa jugak halaman2 tentang cinta..hihihihi
tapi ada kebaikan juga..semua tu buat kita tau perkembangan dunia..
kita tau cerita dan isi hati orang yang sebelum ni kita tak pernah kenal pun..

aku sendiri pun ada buat jugak halaman nih..antaranya "luahan rasa dan kata cinta dari hati"
alah saja time bosan2 boleh menulis kata hati untuk dikongsi pada yang sudi membawanya
yang tak sudi tu tak payah kata apa2..hehehehehe..duduk dediam
sebab dalam hidup ni apa yang kita suka tak semua orang suka..kan..kan..kan...

pada kawan2 yang rajin singgah blog liya..bolehb cari page nih..luahan rasa..liya punya tuh
boleh luahkan segala rasa yang terbuku kat hati tu kat sana..
page kata cinta dari hati hanya untuk liya post apa yang liya tulis kat blog nih jer..untuk mudahkan sesapa yang nak membacanya..

tekan jer tajuknya dah pun masuk kat blog liya yang tak seberapa nih..
mana yang suka jenguk2 ke blog liya nih mekasih lah ek..
liya bukannya sasterawan negara..menulis hanya hobi jer
takde niat nak jadi penulis pun..tak layak pun..
jadi jika ada kurangnya biarkan jerlah ya..
maklumlah liya tak sehebat penulis novel cinta
hanya berkongsi apa yang hati rasa........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA AKUKAH YANG MERINDU



pagi ni terasa sunyi jer..semua orang busy dengan hal masing2..
aku plak tetiba terasa nak mengadap komputer hari ni..
semua keje telah siap aku lakukan..terasa bosan pula..
nak tengok tv pun astro biasalah asyik2 cerita yang sama jer.
naik jemu juga mata ini melihatnya...

hari ni hari ke tiga dia kursus..hati ini masih terlalu rindu..
rindu yang teramat rindu..namun jauh disuut hati ada satu suara berbisik..
hanya akukah yang merinduinya atau dia juga rinduiku sepertimana aku rinduinya..
namun tiada jawapan bermain di benak ku..

tetiba terasa sayu bila terfikirkan semua itu..
mungkin betul hanya aku sekarang yang merindu..
mungkin dalam hatinya tiada sedikit rindu..
kerana tiada khabar berita..
setiap hari aku menunggu panggilannya..
namun hati hampa...

Tuhanku,
jika hanya aku yang merindu..
kau kuatkan lah hati ini untuk terus merinduinya
meski rindu itu tidak ku tahu terbalas atau tidak
kata orang jika kita mencintai seseorang
jangan harap dia mencintai kita
kerana cinta bukan untuk meminta
tetapi untuk memberi...................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUNYI,SEPI,SAYU



malam ke 5 kat kampung tanpa hubby..terasa sangat sunyi..baru 5 hari..tapi dalam hati rasa mcm dah 5 minggu..adik2 plak takde ikut abg dengan kakak ke penang..betul2 trasa sepi di ruang hati ini...hati ini rindu..rindu pada hubby yang kini kat perak..."abg tau tak saat ini sungguh syg rindui abg...hidup syg terasa kosong tanpa abg dsisi...

hati juga terasa sayu..saat demam,batuk melanda diri..suara pun dah tak kuar..lelah,semput dah datang..tiapkali bulan 11 or 12 mesti penyakit lelah datang berulang..terasa bosan pula..namun hati tetap redha..sudah ketetapan tuhan..lagipun ini hanya ujian di dunia..ujian di akhirat masih blum di ketahui lagi bagaimana..okaylah..catatan i terakhir untuk hari ni...moga hari terus pantas berlalu..kerana tika ini hati tak tahan menanggung rindu........selamat malam smua
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA DIA YANG AKU CINTA

letak pic kawin yang trjumpa kat fb..ramai yang komen pasal gambar hubby yang dulu dan sekarang berbeza sesangat..hhhehehe...kita sendiri tgk pun tergelak..kurus sesangat..sekarang bukan main tembam...memang tak sangka lah...semua gelak besar tgk gambar tuh...hubby jer yang maybe tak tgk lg sebab dia dah mula kursus hari nie..hihihi

ada yang kata itulah berkat cinta dan air tangan seorang isteri..suami yang kurus kering belum kawin..pas kawin dah besar gila..hahahahaha...tapi aku tak kisah hubby kurus ke..gemuk ke...hanya dia yang selamanya aku cinta.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU CINTA DIA




Disisi mu aku terdiam seribu bahasa..dihati ku bergetar sejuta rasa..namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu..nafas ku terhenti melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku ini..mungkinkah hatiku milikmu jua ku sayang padamu..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KENANGAN DULU-DULU



tengah kemas-kemas umah trjumpa satu gambar kawin dulu..bila tngok balik rasa kelakar..
kurusnya hubby kita masa nih..macam lidi pun ada...hahahahahaha..kita plak tembam bukan main...hihihihi


ni plak hubby yang sekarang...berbezakan...hahahahaha...kita tengah fikir sekarang mcmana hubby kita bolh jadi besar macam ni setelah 7 tahun kawin..hehhhhh


ni plak pic kita sekarang..kita plak yang kurus mcm lidi..tertukar dengan hubby..hubby pas kawin gemuk..kita pas kawin kurus..hahahahahahaha..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEPI MELANDA HATI

hari ke empat kat kampung..terasa betul-betul sunyi tanpa encik hubby disisi..hari ni hari pertama encik hubby kursus kat perak..mohon ku pada tuhan moga segalanya di permudahkan untuk hubby kat sana..moga hubby selamat pergi dan selamat balik..

saat ini kesepian melanda hati..namun aku tahu ini semuanya hanya seketika saja..moga nanti kesepian itu akan belalu pergi..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEMENDUNG HATIKU



bila orang baca status kat Fb aku..post2 kat bloh aku
aku selalu bercerita tentang suami aku..
satu hari ada seseorang berkata padaku
yang nampak sangat aku terlalu mencintai suami ku..

memang aku terlalu mencintainya..jika tuhan izinkan
aku ingin habiskan sisa hidup yang ada disampingnya
hingga helaan nafas yang terakhir..
aku bahagia bila aku ada dia
walaupun kekadang dia umpama ada di dalam tiada..

walaupun kekadang dia selalu buat aku mcm tak bermakna
buat mcm aku tak wujud dalam hidup dia
aku tetap cinta dia..bagi aku dia semangat dan hanya dia
yang mampu buat aku tersenyum dan ketawa
dan dia juga lah yang selalu buat aku berduka
lalu menitiskan airmata

ada kawan-kawan yang cakap aku bodoh
kerana terlalu cintai seorang suami yang aku tahu
aku ada atau tiada mungkin tiada makna padanya
namun aku tetap kuatkan hatiku juga
aku yakin satu hari nanti dia akan tau
yang betapa bermaknanya aku pada dia

walaupun masa tu aku dah takde
sekurang-kurangnya kenangan antara kami tetap ada
bukan kan tempat seorang isteri disisi suaminya
samada dia bermakna atau tidak pada seorang suami
lsteri itu tetap perlu taati suaminya kan..

dia tak pernah cakap dia sayangkan aku
tapi bila aku sakit dia jaga aku
bila aku marah-marah dia diam jer
selama aku kawin dengan dia dah 7 tahun dia tak pernah tengking aku
usahkan cubit aku..

bagi aku dia suami yang sangat baik
mungkin dia tak pandai nak luahkan sayangnya
dan buat aku terasa yang aku tak bermakna
pada suami ku maaf jika sayang merasa begitu
jauh disudut hati..sayang bersyukur punya abg
sebagai suami..................

last post untuk hari ni..hati ini terasa sangat2 mendung
jadi sebelum hati ini hujan..aku undur diri dahulu
insyallah panjang umur jumpa lagi..................sekian
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA SATU HARI KAU TERBACA NANTI



mendung je hari ni kan..tapi tak hujan pun..hanya mendung jer..
macam tau2 jer yang hati ku jugak tengah mendung sekarang..
setiap saat aku tengok jam..kalau aku boleh hentikan masa..aku tak mahu hari esok muncul..
sebab aku masih nak habiskan hari-hari ku bersamanya...

tapi waktu yang berputar masakan boleh di hentikan..
tadi layan tv jap..tajuk citenya "mesej terakhir" best jugak citenya tapi sedih sikit..
kisah seorang isteri yang terlalu mencintai suaminya..
namun suami dia meninggal kerana xsiden..
dia baca sms terakhir dalam HP suami dia..
suami dia ada perempuan lain..
selama ni dia begitu sanjung suaminya...

suaminya jatuh cinta pada seorang janda kat tempat yang dia selalu
pegi out-station..pompuan tu janda anak satu..
dia ingat suami dia jahat..
bila dia baca mesej terakhir suami nya baru dia tahu
yang suaminya seorang lelaki yang baik..

tetiba aku terdengar lagu nih..
tajuk lagu nih kehilangan..macam best plak aku dengar
terus cari tadi..hehehe

bila tgk watak marina si isteri tuh
sama mcm aku terlalu cintai seorang lelaki bernama suami..
hingga tak tau nak hidup mcmana kalau dia takde..
tiba-tiba bila tau suami cintai pompuan lain
sedih tak terkira..terasa cinta yang selama ini tak berharga..

tapi mungkin suami aku tak mcm tu..
aku harap pada tuhan moga bukan begitu
sekalipun nak cari pengganti aku..
tggu lah hingga akhir hayat ku..
sebab aku tau dengan sakit yang aku tanggung
aku takkan hidup lama..

jika suami ku terbaca coretan ini..satu jer yang ku nak cakap..
tanpa dia memang aku tak tau nak hidup mcmana
aku akan sedih setiap hari..
aku mohon pada tuhan jika suami ku ingin berubah hati..
biar lah saat aku tiada lagi..
kerana hati ini jugak tak mungkin dapat menerimanya
sesungguhnya cintanya tiada ganti..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TERPAHIT DAN TERMANIS SEMUANYA TERINDAH



dalam hidup kita semua pasti ada banyak kenangan kan..maybe kenangan tu ada yang manis dan ada yang pahit..bagi kita plak samada kenangan itu yang termanis ataupun yang terpahit semuanya adalah yang terindah kerana disitu kita belajar erti hidup kan..

kita menjadi matang hanya dengan semua kenangan itu..dan kenangan sampai bila-bila pun takkan padam dari ingatan kita kan..kita akan selalu ingatinya kecuali kita dah mati nanti or kita dah nyanyuk..selagi belum jadi macam tu kita kan selalu ingatinya..

punya kenangan adalah sesuatu yang sangat indah..cuba bayangkan jika hidup kita tanpa kenangan..apa yang berlaku pada kita,kita lupa semuanya mcm tu jer..mesti hidup kurang menarikkan..hidup terasa kosong tanpa kenangan..kerana tiada satu apa pun yang dapat kita kenang...

jika kita ada kenangan sekurang-kurangnya bila kita kita sedih..kita ingat semua kenangan manis dalam hidup kita..kita mampu senyum kembalikan..begitu juga bila kita mula lupa siapa kita..cuba ingat semula orang2 yang sayangkan kita..kita pasti tak lupa mana asal kita..

alangkah bermaknanya sesuatu kenangan tukan..selamanya akan tersimpan di hati dan ingatan kita...akan buat kita tersenyum dan menangis tika kita terkenang kembali semuanya.....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KAU SELALU DI HATI



bila kita dengar lagu memori tercipta ni kita teringat kat seseorang..
apatah lagi time lirik 'disini jua memori tercipta..walau seketika terjalin kasih kita,mungkin disini kitakan terpisah..kenangan bersama tiada ku lupa.."

kita ingat pada seseorang yang kita pernah kenak 3 tahun dulu..dia nih muda 8 tahun dari kita..
kiranya adik lah pada kita..masa tu dia masih belajr kat satu ipts di johor..tapi dia asal dari tgganu..
kita kenal dia secara tak sengaja dan kita orang jadi rapat..

dulu tiap-tiap hari nak pegi class dia akan call bagitau kita yang dia nak ke class..dah sampai class dia call cakap dah sampai class..tghari dia call lagi tanya dah makan tghari tak..nak balik dia call,dah sampai umah dia call dan malam-malam sebelum tido pun dia akan call..

kita rasa kelakar pun ada..yalah setiap masa dan apa dia buat dia mesti call kita..bila kita sedih dan nangis dia akan pujuk kita sampai kita baik..bila kita orang kuar bersama dia akan jalan kat depan dan biar kita jalan kat bel;akang dia kalau hari tu panas..sebab dia takmo kita kena panas..kalau jalan kat tempat ramai orang..dia akan duduk belakang dan biar kita jalan dulu kat depan..dia takmo orang langgar kita..

time bulan puasa plak tiap-tiap pagi dia lah yang kejut kita bangun sahur..selagi kita tak bangun dia akan call sampai kita bangun..dia paling suka call time kita tido katanya..sebab nanti kita mamai kita mesti cakap ntah apa-apa..hehehe..walaupun sekarang dia dah takde tapi kita tak pernah lupa dia...

dia selalu dalam kenangan dan ingatan kita..dia kawan yang sangat baik..namun kkdg keadaan yang memaksa dia buat sesuatu yang dia taknak buat..kerana seseorang yang dia sayang..dia jadi serba salah nak memilih antara kawan dan insan tercinta..gf dia cemburu dengan kita..gf dia bg dia pilihan..tgglkan kita or tggl kan gf dia..

satu malam tu bila dia call kita dia nangis..kita pun nangis sama..kita kata takpe..tak perlu dia pilih sesapa..kita cuma nak dia bahagia..kita tau dia terlalu cintakan gf dia..last kita mintak dia jangan call kita lagi..tapi dia masih call dan sms..kita tak pernah jawab...sebab kita tau jika kita jawab..semuanya takkan berakhir..dalam hidup ni kekadang kita perlu berkorban demi kebahagiaan insan yang kita sayang...

ridzuan............awak selalu ada dalam hati saya..apabila kita kenal seseorang dan kita jadi kawannya..walaupun dia dah takde dalam hidup kita..dia kan pernah hilang dalam memori kita..selamanya dalam ingatan kerana kita bukan orang yang mudah lupa................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

IZINKAN KU PERGI



last day kat kl nih..rasa besar sangat-sangat hati nak tinggalkan kl nih..dalam erti kata lain nak tinggal kan hubby sebenarnya..hari ni hubby keje jugak..dah lah kita nak balik dah esok..hubby keje plak hari ni..dah pesan kat dia jangan balik lambat..

hubby kata malam ni dia nak bawak kita kuar makan..kita nih plak jenis tak suka makan kat kedai..tak best.kalau makan kat kedai mesti tak habis..kalau makan kat umah habis jer..hajat hati nak makan cup corn tak kesampaian..takpelah nanti makan kat kampung lah..heheh.macam lah kat kampung takde cup corn..hehehe

kat kampung siap boleh buat sendiri lagi..boleh letak susu lebih-lebih sebab kat kedai dia letak sus ciput jer..tak rasa apa pun..heheh..dah lah jagungnya terlebih masak..nanti kita dah balik kampung kita tak tau kita dapat bukak ke tak blog nih..kalau kita boleh bukak nanti kita share gambar umah kita kat kampung ek..

terasa pantansnya masa berlalu dah nak kul 10 pagi dah..ke sebab kita nak balik kampung dah esok tu yang kita rasa masa pantas berlalu tuh..padahal hari-hari pun mcm ni kan..pagi ni kita bekfast dengan buah mangga jer 2 bijik yang kawan kita beli semalam..nanti dah janji dengan kawan kita,bila kita balik kl pas raya haji nanti kitaorang nak pegi nerkelah kat sungai tekala semenyih..

dah lama tak pergi tempat mcm tu..rasa mcm best plak..nanti kitaorang nak gi bakar-bakar ayam lah kat sana..mesti best kan mandi air terjun...tapi hati kita tetap rasa sedih..tak taunak buat mcmana jangan sedih..sedih sebab tinggal satu hari dah kita kat kl...hurmmmmm.......... :(
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MAKAN-MAKAN UMAH KAMI



ni lah menu makan semalam dengan kawan yang kenal kat fb..hehehe..walaupun simple yang pasti licin..
buat simple2 jer..sebab malas nak masak banyak-banyak..hari ni last dah kat kl..esok dah nak balik dah..
beratnya rasa hati nak melangkah pergi..tetapi apakan daya aku terpaksa..

dengar-dengar kat kampung pun hari2 hujan..okay lah kan..aku kan suka hujan..dah janji dengan adik-adik nih..balik nanti nak belanja dia orang makan pizza..happy bukan main adik-adik..hehehehe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUKA VS SEDIH



adeh..malasnya nak kemas umah nih..malam ni dah lah kawan nak datang..
umah mcm kapal karam nih..hubby pun lambat lagi nak balik nih..nak kuar beli barang2
nak masak nih..karang lambat-lambat tak sempat plak..banyak jugak menda nak buat nih..nak goreng mihun
nak goreng nugget,keropok,nak buat sardin roll lagi..encik hubby nih biar betul nak balik petang..
karang mati aku nak masak semua tu dalam masa 2 jam..huhuhu

adik pun petang baru nak datang..kalau datang awal-awal boleh aku kuar dengan dia
beli barang nak masak malam nie..adeh ni yang makcik tension nih..dah lah hati sedih sebab esok last dah ada dengan hubby..pastu hanya tel je lah jadi penghubung kami..tu pun kalau hubby ingat nak call aku lah..

hurm..seduh betul rasa hati ni..hati kenapa lah ko dari semalam duk sedih jer..cuba ko bawak mengucap..
bukan hubby ko tu saja jer nak suruh ko balik kampung..tapi dah dia kena kursus..ko tu plak sakit..mana boleh tggl sorang-sorang..buat nya sakit jantung datang tak ke naya..

yang suka nya plak dapat makan laksa..dah lama nak makan laksa mak buat..tapi mesti tak best makan laksa hubby takde..sebab dia pin suka makan laksa..ko ni kan liya tiap kali ko cakap mesti ada tapi..tapi tulah..tapi ni lah..hehehe..

liya harlina ko tak leh cenggitu..ko tu bukan budak-budak lagi dah..walau sah2 hubby ko kata perangai ko mengalah kan budak2..manja 24 jam..nak terselit bawah ketiak dia 24jam..tapi biar lah..dah kita memang cenggitu..kalau tido pun suka terselit bawah ketiak hubby kita..hehehe

kalau gi kursus tu boleh ikut kan best..awal2 lagi kita kemas baju kalau hubby kita kata boleh ikut..
kerajaan pun cuba buat kalau suami gi kursus isteri boleh ikut..tak baik tau pisah kan suami isteri nih..nanti diaorang rindu..hehehehe..last post untuk hari ni..nak kena gi buat keja dah..esok kalau ada masa kita jumpa lagi..maybe esok last liya boleh post kat sini..

bukan kat kampung takde internet..tapi kalau dah balik kampung busy lah..kalau sempat liya post okay..
okay lah..jaga diri baik2 semua..rajin2lah baca apa yang liya merepek kat blog nih ek..yang baik jadi kan tauladan..mana yang tak baik tu campak je ke laut...heheheheehehehe...tata..titi..tutu..........daaaaaaaaaaaa
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

APA ITU CINTA



pagi-pagi macam ni aku suka baca status kawan-kawan kat fb..orang kata panaskah badan sebelum aku mula buat sesuatu keje..kebanyakkan status semua orang adalah pasal cinta..hebat cinta kan hingga semua orang bercakap tentangnya..ada yang gembira dengan cinta..tak kurang jugak yang bercerita tentang hati yang kecewa..

cinta ni kan boleh buat kita manusia rasa pelbagai rasa..kita boleh rasa gembira dan tersenyum dengan cinta..tapi kita jugak boleh rasa sedih lalu menangis dan terluka juga dengan cinta..tak semua cinta itu membawa bahagia..tapi sebenarnya apakah itu cinta..terlalu banyak pendapat tentang cinta..dan pendapat nya pula berbeza-beza..terpulang pada diri kita untuk menilai cinta itu bagaimana..

namun terlalu ramai yang kata cinta itu buta..tambah-tambah kalau yang tengah kecewa..yang tengah bahagia pula mengatakan yang cinta itu indah..bagi aku tu susah nak di tafsir kan..apatah lagi aku bukannya pujangga dan penulis novel cinta..jadi apalah yang aku tahu tentang cinta ni..

cuma cinta bagi aku adalah ketika kita cintai seseorang tanpa sebab kenapa kita cintainya..dan bila kita cintainya..kita cintainya dengan hati..bukan dengan mata,telinga atau bibir..kerana cinta tak perlukan semua tu..cinta hanya perlukan rasa..cinta dalam hidup aku adalah cinta aku pada suamiku..dia lah pelengkap kekurangan diri ku...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

WAKTU YANG BERLALU



selamat pagi semua..selamat bekerja pada yang tengah siap-siap nak pegi keje ek..
liya harap hari ni semua sihat-sihat dah bahgai saja.. ^_^ tinggal satu hari lagi dah liya kat kl nih..pastu malam sabtu tu liya dah nak balik kampung dah..rasa mcm best..tapi tak best pun ya jugak..

rasa best sebab duduki kat kampung seronok..tapi yang tak bestnya tinggal kan hubby liya sorang-sorang..
nanti mesti rindu banyak sangat..kalau boleh balik sama-sama kan best..lama plak tuh jauh dari hubby..
nanti mesti bosan gila..

tapi dalam hidup nih kekadang kita perlu berkorban kan..berkorban masa,berkorban rasa..
adat hidup lah tuh..alah takpelah kan..nanti boleh sms ke,boleh call ke..kan..lagipun 10 hari jer..
bukannya 10 tahun kan..hehehehe...

tapi itu mulut yang kata..hati kata lain..hurm...hati kata lamanya..boleh ke..mesti bosan..mesti rindu..
mesti hari-hari sedih..itu yang hati kata..hehehe..biasa lah bibir dengan hati memang selalu tak seiring...
semalam liya tak post apa-apa kan..liya sibuk sikit..hari ni pun pagi jer free nih..sat lagi tghari dah busy..nak kemas umah..

hari ni liya ada tetami nak datang umah..liya buat makan-makan sikit..kawan yang liya kenal kat fb..
nak datang makan malam kat sini..jadi petang karang memang sibuk sesangat nak sedia kan makan..
pagi ni boleh lah berjiwang dengan kalian semua jap..hehehehe..

okay lah kata-kata untuk renungan pagi nih............"dalam hidup ini mencari kebahagian itu umpama mengutip serpihan kaca..ada yang berjaya mengutip dengan banyak..dan ada yang mengutip paling sedikit..tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip semua..kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka........daaaa
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ANDAI LELAKI TAHU



sememangnya Allah telah menciptakan lelaki dan wanita dengan perbezaan yang tersendiri..
tetapi sekiranya mereka saling memahami..mereka saling melengkapi..dan menyempurnakan..
iaitu perkahwinan..perempuan itu diciptakan Allah indah sekali..
disebalik airmatanya tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu selamat bersamanya..
jadi hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda..
kerana wanita bukan di datangkan dengan kelemahan saja..
tetapi wanita juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuat hidup anda lebih sempurna....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA PADAMU



haruskah kau tanyakan betapa aku kasih..
mestikah kau tanyakan betapa aku cinta..
bagaimanakah cara untukku meyakinkan.
hanya padamu saja semua ku curahkan..
mungkin kau tak percaya..
mungkin kau masih sangsi..
ataupun kau sengaja ingin jauhkan diri..
katakan sahaja agar aku mengerti..
apa sebenarnya isi dihati....
aku kan jadi seperti lilin membakar diri..
menerangi malam mu...
memberikan kau sinaran di waktu kegelapanmu..
bukan untuk seketika..
bukan jua hanya untuk sementara..
kan ku temani dikau hingga ke akhir usia..
perlukah kepastian mengapa aku kasih..
haruskah aku nyatakan betapa aku cinta..
kiranya ada cara bagiku membuktikan..
hanya cintamu saja untuk selamanya........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MALAM YANG PANJANG



malam ni terasa sangat panjang kala aku sendiri..
sunyi sepi tiada satu bintang pun terangi langit..
tapi malam ni dingin sekali..aku sendiri layan tv..
agaknya astro nih dah takde cerita,asyik cerita yang sama jer..
aku bosan sangat aku layan jelah cerita lenjan nih..
lagi pun dah lama tak tengok cite nih..jadi layan jelah..
sambil tunggu mata ni tertido..

mulut pun masih terasa sakit lagi..mata ikan tu belum baik-baik jugak..
bila nak baik ntah lah..mintak-mintak cepat lah baik..
esok dah rabu dah..lagi beberapa hari dah nak balik kampung dah
terasa berat jer hati nih nak balik..kalau bukan kerna terpaksa
memang takmo balik..sebab encik hubby tak ikut sama..

rasa mcm tak best jer..asal balik kampung mesti balik sorang-sorang..
jarang sekali balik berdua..orang pun selalu tanya knp..
biasalah manusia ni ada jer yang nak di jadikan cerita..
hurm...cukup lah untuk hari ni..panjang umur esok kita jumpa lagi ek..
selamat malam semua..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "