rindu padanya...............

hari ni 2 syawal....hubby masih lagi belum balik kampung..masih busy dengan keje2nya..memang sangat meriah raya kat kampung namun di hati ini tetap rasa kurangnya tanpa suami tercinta beraya bersama..semalam pagi2 lagi dah dapat panggilan dari encik hubby..sayu rasanya hati dengar suara insan tercinta..aku ucapkan salam aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin pada dia suami tercinta...
   abg,cepat2 balik ek...sayang rindu sesangat...7hb baru hubby akan bertolak balik ke kampung..dan 11hb kitaorang akan balik kl sama2..raya ni aku buat nasi tomato untuk semua orang..tapi lupa plak nak ambik gambar dan upload kat blog aku nih...hari ni aku kat umah kak ngah ku..ikut anak2 sedara ku dan layanan mcm2 karenah diaorang..kurang terasa sunyi di hati melihat telatah mereka semua..okaylah ini je dapat aku coretkan kali ni..buat suami tercinta ku....sungguh aku rindu kamu......................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Airmata Ramadan................

hari ni pertama kali ni bulan ramadan airmata ini menitis..
selalunya aku tabah dan kuat hadapi semua..namun airmata ini tidak mampu ku tahan lagi..
ku biarkan ianya mengalir..tapi saat airmata ini mengalir..bukan bermakna aku lemah..
bukan aku inginkan simpati sesiapa..hanya melepaskan sebak yang ada di dalam dada..
supaya jiwa tak turut terluka..cukup lah hanya hati yang merasa..hidup ini terlalu banyak dugaannya..
kkdg hati terasa kuat untuk hadapinya..namun sesekali hati tertewas jua..maklumlah diri hanya manusia biasa..
tak bisa lari dari ketentuan yang maha Esa..aku selalu ingat diri ini datang dariNYA...hidup dan mati ku adalah kehendakNYA..
   Tuhan ku...gerak tangis ratap dan bicara kekadang tak semurni apa yang aku ikrarkan padaMU..
namun sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang ENGKAU takdir kan pada ku..seandainya hati ku hancur kerana mengeluh dengan takdirMU..ku mohon KAU ampun kan lah diriku..mungkin aku alpa dalam mengingat semua yang aku ada di dunia ni adalah dengan izin MU...
   sedih ini..sakit ini..setiap saat tak pernah aku kesali..selagi nafas ini mampu ku hela..selagu detak jantung ini masih berdenyut..sesungguhnya tiada tuhan yang aku sembah selain mu tuhan yang satu iaitu ALLAH tuhan ku..dan Nabi Muhamad adalah nabiku...kuatkan lah hati ku..moga aku mampu tempohi semua dugaan di dunia MU ini..
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara hatiku.............

pagi ni tak dapat lelapkan mata macam biasa..selalunya lepas sahur dan sesudah subuh aku akan sambung tido balik..tapi hari ni tak dapat lelapkan mata..entah mengapa terlalu banyak persoalan di hati..kkdg hati tertanya-tanya pentingkah aku dalam hidup seseorang..atau aku hanyalah seseorang yang hanya menumpang kasih pada sesuatu yang tak pasti..kerana diri selalu terasa begitu..
terasa tersisih dan langsung tak di hargai..umpama melukut di tepi gantang sahaja..namun aku yang pilih jalan ini..jadi pada siapa patut aku tujukan kekesalan hati ini..tapi betul ke ada kekesalan dalam hati ku..jika betul ada kekesalan..maknanya apa yang aku lalui dan tempohi selama ini bukannya ikhlas dari hati ku..sedangkan aku bukan insan yang sebegitu..apa yang aku buat dan apa yang aku kata adalah ikhlas dari hatiku..namun kenapa tetiba ada kekesalan di hati..
tuhanku,,,,mohon jauhkan semua rasa itu dalam hati ku..kerana ku tahu apa yang berlaku,apa yang ada dalam hiduku adalah takdir yang telah kau tetap kanuntukku..masakan aku perlu sesali apa yang telah kau takdirkan untuk ku..umpama aku tidak bersyukur dengan pemberian Mu..mohon ampun tuhanku..kkdg hati ini tidak sekuat yang di sangka..sesekali hampir terpesong jua ia..tetapkan hati ku dalam mencari cintaMu..moga aku salah seorang hambaMu yang tau apa itu syukur..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati yang hancur luluh...................

pagi nie sahur dengan mee goreng..saja sesekali tukar selera..makan benda sama hari-hari pun jemu jugak..tapi kalau pepagi biasanya semua orang makan sikit jer..maybe tak selera kot..aku pun sama..dari sekolah dulu lagi aku tak biasa makan pagi-pagi..selalunya balik dari sekolah baru aku makan..masa kat sekolah pun tak makan..kalau terasa lapar sangat hanya beli sirap 20sen kat kantin sekolah..
pagi ni hati terasa sedikit sedih..boleh di katakan kebudak-budakkan tak aku sedih sebab tahun ni pun aku takde baju raya..ni tahun kedua aku takde baju raya..dah lah tahun ni aku tak dapat balik beraya kat kampung..pastu baju raya pulak takde..tetiba terasa sangat sedih dalam hati sebab hati teringin balik beraya ke kampung..semua family aku berkumpul kat kampung..kebetulan umi aku pun tak brapa sihat..
tapi tak dapat balik pulak..hari tu adik aku tunang pun tak dapat balik..dia kawin raya cina ni pun tetap tak dapat balik jugak..terasa hancur luluh dalam hati..namun apakan daya tuhan berkehendakkannya begitu..maka itulah yang aku patut terima dan redha agaknya..leeya harlina jangan sedih..teruskan dengan tekad,redha dan tabah ek........... ^_^
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenyataan tak seindah yang diimpikan..

dalam hidup ini kekadang apa yang kita inginkan tak seindah yang kita impikan..umpamanya kita men-gharapkan panas hingga ke petang..tapi rupanya rintik hujan muncul di tengahari..begitu juga dengan hidup..mungkin pada satu saat kita merasa sangat gembira dengan hidup kita..tetapi tetiba tuhan datangkan kesedihan..disini patutkah kita menangis atau kita hanya terima dan redha dengan ketentuan yang tuhan telah tetapkan..seperti kata seseorang..masakan hidup ini hanya perli merasa gembira..kkdg kesedihan itu bukan tidak baik pada kita..mungkin kesedihan itu akan mengajar kita lebih hargai hidup..mungkin kesedihan itu akan mematangkan diri kita dalam mengharungi hidup yang ntah bila dan entah apa penyudahnya..hari ni aku sebagai penghuni bumi indah ciptaan yang Esa ini sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku telah miliki..walau jauh di sudut hati apa yang terjadi tak seindah yang aku impikan..namun aku berterima kasih pada ledua orangtua ku kerana tanpa mereka tiada aku disini dan takkan bisa ku coretkan titipan yang tak seberapa ini untuk di kongsi hanya sebagai kenangan..kerana bila kita tiada nanti yang tinggal hanya kenangan jer..samada indah atau pahit kenangan itu..ianya tetap kan terus ada dalam memori insan-insan yang menghargai kita.........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hanya Kau yang tahu....

kala ini hati ini menangis hanya Kau yang tahu..
kala ini hati ini kula hanya Kau yang tahu..
Kau tempat hati mengadu..
Kau tempat segala luahan dan tangisan aku tgglkan..
hanya Kau yang memahami
hanya Kau saja yang tahu................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sakitnya aku hanya tuhan yang tahu....

dah 32 tahun aku kat dunia nie..
32tahun juga lah aku tanggung sakit ini..
tanpa ubat tak mungkin aku dapat bertahan sampai ke hari ni..
wahai pemilik nyawaku,
hebatnya dugaan yang Kau berikan..
hingga sampai satu saat aku rasa tak tertanggung sakitnya..
namun tetap aku gagahi jua..
Ya Rabbi,
aku bersyukur padaMu..
Kau ampunkan lah semua dosa-dosaku..
semua dosa-dosa suami ku..
dosa kedua ibubapa ku,
dosa kedua mertua ku..
dosa2 saudaraku..
dan semua dosa muslimin dan musliman..
jadikan kami hamba yang mentaati jalanMu..
sesungguhnya semua yang buruk datang dari kami hambaMu..
dan yang baik hanya dari Mu..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bila kesayuan melanda hati....

hari ni aku terlihat pakaian untuk wanita hamil kat fb..cantik sangat..
tetiba timbul kesayuan dalam hati..bila agaknya aku dapat pakai baju tu walau sekali seumur hidup ku..
boleh ke?atau sampai bila2 pun tak mungkin aku akan dapat pakainya..
aku jugak terbaca kawan fb ku tak sabar tunggu tarikh bersalinnya..
dapat anak kembar pulak tuh..lagi lah hati sayu..bila agaknya aku dapat rasa semua perasaan itu..
atau aku takkan pernah dapat mendengar seorang anak memanggil ku "umi"..
hanya tuhan yang ada jawapannya...pernah aku bertanya pada doktor..

 'doktor saya nak mengandung boleh?"
jawab doktor "boleh,tapi bila di sah kan mengandung jer awak kena masuk wad,kena tinggal sana sampai awak melahirkan"

termenung aku sejenak..lalu ku bertanya pada suami ku..

"abg,boleh syg nak mengandung?"
kata suami ku... "kalau sampai nak kena duduk hospital sampai bersalin..sampai kena tahan sakit semua..tak payah lah syg.."

begitu juga kata kuarga ku..tapi jauh disudut hati aku ingin sekali merasa mcmana ada benih cinta antara aku dan suami ku memnesar dan hidup dalam badan ku..mak aku selalu cakap pada adik-adik aku..

"kalau kak liya korang ada anak mesti comel-comel.."

bila balik rumah mertua ku..bila ada kenduri semua saudara bertanya bila aku nak ada baby..dah 6 tahun kawin tapi takde baby lagi..yang kawin sekali dengan tarikh aku kawin dah ada anak 2,3 orang dah..terasa juga sedih hati ku..tapi aku diamkan saja..kerana tak siapa tahu apa yang aku tanggung..
  tak siapa tahu sedihnya hati ku bila diri tidak dapat jadi isteri yang sempurna pada suami tercinta..betapa hancur luluh hati ku bila tidak dapat merasa panggilan ibu..
   doktor kata aku nak jaga diri aku sendiri pun tak larat..apatah nak jaga oranglain..diri aku pun asyik susahkan suamiku,kuargaku dan kawan-kawanku..

   "ya Allah bukan aku mengeluh dengan takdir mu..
hanya luahan hati sekadar melepaskan kesayuan di hati..
ku terima sakit ku yang kau anugerahkan padaku seikhlas hatiku..
kerana aku hanya hamba..tidak pantas untuk melawan takdirmu.."

sakitku..sedihku..semuanya ku terima semampu aku..walau jantung ini lemah degupan rentaknya..namun selagi jantung ini mampu berdetak..aku takkan pernah menyesal di lahirkan dengan semua kekurangan yang Engkau berikan..sesungguhnya aku bersyukur di beri peluang melihat dunia indah ciptaanMu Ya Rabbi................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sendiri lagi.....

malam ni suami tercinta kena bertugas sampai pagi..
kalau ikutkan memang sunyi dan bosan..yalah kat umah ni bukan ada budak2..
hanya aku dan hubby..bila hubby takde tinggallah aku sendiri..
malam ni hubby balik sahur nanti..semalam pun hubby balik dah pukul 5 pagi dan aku mcm biasa..
tetap setia menanti..mata ni takmo lelap bila dia takde..
susah betul mata ni nak tido tanpa dia..pejam mcmana pun tetap takmo lena.
kkdg hidup terasa sangat sunyi dan aku takut pada kesunyian itu..
semua lampu ku buka dan ku volume tv,pc kuat-kuat..
ruih rendah suasana..namun hati ku tetap sepi tanpa dia..
tapi aku tau sesunyi mana pun..aku dah biasa..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kadang-kadang........

kadang-kadang ada sesuatu yang kita tak mampu jelaskan dengan perkataan..
hanya hati yang memahami..kadang-kadang bukan kita lupa..
cuma lidah kelu tanpa kata kala berjumpa..
kadang-kadang bukan hati tak sayang dia..
cuma hati malu nai ungkapkannya walaupun dia sememangnya
insan yang paling kita cinta..
dalam hidup ini memang banyak kadang-kadang..
namun berapa banyak pun kadang-kadang aku tak pernah lupa dia..
dalam setiap doaku pasti ada namamu duhai suamiku................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cintamu kehidupan ku.....

tanpa di duga kau muncul dengan cinta..
kau terima diri ku seadanya itu..
tanpa ragu dan jemu kau layari hidup bersama ku..
kadangkala duka datang melanda..
lalu aku menangis kecewa..
namun kau yakin kan aku yang cintamu selalu ada..
tanpa rasa kesal aku bahagia bila kau ada..
aku sememangnya insan yang tak punya apa-apa..
rupa tidaklah secantik mana..
apatah lagi tutur kata..
hanya punya hati yang di dalamnya ada satu cinta..
cintamu adalah kehidupanku..
senyummu adalah kekuatanku..
kau semangat dan detak jantungku..
tanpamu hilanglah irama yang selalu bermain di hatiku...........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kau yang aku panggil cinta...............

buat kau yang aku panggil cinta..
hadirmu tanpa ku duga dan kau muncul dengan tiba-tiba..
kau ukirkan senyuman mesra dan kau buat hati ku terpikat padamu..
kau yang aku panggil cinta..
tau kah kau saat ini aku sungguh hargai
kasih,sayang dan cinta yang kau beri..
kau anugerah yang tak ternilai dari Illahi..
hanya satu di hatiku..
ku sematkan teguh dalam hatiku..
ku biarkan bersemadi lubuk hati ku yang paling dalam..
sungguh tak ku sangka kita akan bersua..
berkongsi kasih dan rasa..
berkongsi duka dan gembira..
buat kau yang aku panggil cinta..
jangan pernah kau sia-siakan cinta yang ada dalam jiwa kita..
semaikan selamanya rasa ini dalam hatimu..
dan kau harus yakin yang aku juga begitu..
hanya kerna kau yang aku panggil cinta..
aku masih mampu berdiri segagah ini..
dalam menjalani takdir hidup ku..
tiada kata mampu ku ucapkan..
tiada apa dapat aku berikan..
hanya ku titipkan coretan ini buat kenangan..
buat mu yang ku panggil cinta...............


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jika esok tiada lagi....

jika esok tiada lagi akan ku kumpul kebahagian hari ini
dan ku agihkan pada hati-hati yang memerlukan kekuatan..
akan ku ukir senyuman tanpa tangisan..
akan ku buang segala kesedihan yang bertamu di hati..
betapa bersyukurnya aku dapat menumpang bumi tuhan yang indah ini..
jika ini saat terakhir ku..
akan ku tinggalkan secebis kenangan tentang aku..
buat kalian yang selalu hati rindu..
biar kalian jangan lupakan aku..
biar kalian tau satu ketika aku pernah wujud
dan pernah bertahta di hati kalian......
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati adalah raja.....

hati adalah raja..
dan seluruh tubuh adalah pasukannya..
jika rajanya maka baik pula pasukannya..
jika rajanya buruk..buruklah juga pasukannya.
wahai hati,
jika engkau di anugerahkan pandangan..
tentu engkau tahu rosaknya pengikutmu kerana rosaknya dirimu..
dan kebaikan mereka adalah kerana kebaikan mu..
Allah berfirman: "sesungguhnya bukan mata itu yang buta..
tetapi yang buta itu adalah hati yang ada di dalam dada" (QS..AL HAJJ..46 )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jika harus memilih.....

jika harus memilih satu diantara dua..
maka cintailah orang yang mencintaimu..
jangan mencintai orang yang kamu cintai..
kerana orang yang mencintaimu saja mampu memahami..
dan mengerti hatimu..
bukan sekadar tahu..
malah cukup kenal hatimu.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia masih dalam ingatanku.....

hari ni tetiba aku rajin sangat menulis kat blog aku yang tak seberapa nih..sedang menulis tetiba aku teringat tentang dia..seseorang yang satu ketika dulu selalu menjadi peneman kala duka..namun kini sudah tidak bertegur sapa..dia sudah ada kisah hidupnya dan mungkin aku sudah tiada dalam kamus hidupnya..hurmmm!!!kenapa kenangan dan ingatan padanya tetiba muncul lagi..telah aku berjanji pada diri tidak akan pernah ada lagi kisah tentang dirinya..ntah mengapa tetiba timbul persoalan di hati..
   maaf jika catatan ini ,mengganggu mu kala ini yang sedang bahagia dengan ceritamu..aku hanya ingin berkongsi cerita tentangmu disini..hingga sekarang kau selalu ada di hati..di satu ruang yang hanya aku dan DIA yang tahu..dulu aku selalu tersenyum seikhlas hati ku bila ada kamu..aku selalu menjadi diriku..kita sejiwa dalam semua perkara..tapi aku tau aku tak layak berada di hatimu..kerana kita hanya sahabat..tidak akan pernah lebih dari itu..buatmu yang pernah menjadi peneman kala duka ku..terima kasih pernah wujud dalam hidup ku..kini kau hanya salah satu dari kenangan itu.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bila aku cinta....

teringat pada seseorang yang pernah aku kenal satu ketika dulu..walau telah lama kisah itu..nyata ianya masih ada dalam ingatanku..dia selalu cakap pada ku.."saya suka awak"..aku juga kata aku suka dia tetapi sebagai sahabat..aku cakap padanya beri masa pada tali persahabatan ini terjalin..bila dia kata dia rindukan aku..aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan dia selalu ingat padaku..bila dia kata dia sayang aku..aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita..perasaan sayang itu memang akan selalu kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati..tetiba dia kata aku cinta kamu..aku kata..cinta itu terlalu meluas maksudnya..selami dulu makna cinta yang sebenar sebelum kita bercakap lebih lanjut tentang cinta..sejak itu dia tidak menyatakan apa-apa lagi padaku..dia masih sering bertanya khbr ku..masih menjadi sahabat ku yang paling sejati..masih lagi terdengar gelak tawanya saat dia berbicara dengan ku..tetapi suatu hari dia tinggalkan sepicuk surat..dan berlalu pergi tanpa ku tahu di mana dia sekarang ini..sehingga kini tidak pernah ku dengar gelak tawanya lagi..katanya dalam surat itu.. "katanya aku tau kau mencintai aku..tetapi kenapa kau tidak membuktikannya dengan mendekati aku dengan mesra lagi..?katanya lagi kenapa semakin kau mencintai aku..semakin kau menjauhkan diri dari aku..?semakin aku cuba mendekatimu..semakin jauh kau tinggalkan aku..aku sudah letih dari terus cuba mengenali dan memahamimu..mungkin memang kau bukan di takdirkan bukan untuk aku..begitulah kata-kata terakhirnya..aku pun tak tau kenapa aku begitu..mungkin cinta itu memang tidak pernah wujud atau hati ini sememangnya telah di takdirkan tuhan bukan untuknya..kini aku sudah di miliki dan aku bersyukur dengan cinta yang sekarang aku miliki..cinta yang tuhan telah takdirkan untuk aku...iaitu cinta suami ku.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

perlukah cinta bersyarat...

cinta tidak memerlukan sebarang syarat..cinta itu apabila kita di lihat cantik di mata orang yang mencintai kita..
ketika oranglain tidak tau di mana letaknya keistimewaan kita..cinta itu juga adalah satu keinginan untuk melihat orang yang kita cintai bahagia dan gembira walau dia sendiri tidak sedar kewujudan kita..adakalanya kita terlalu mencari cinta yang jauh..hingga kita terlupa cinta yang sebenarnya ada di hadapan kita..memberikan segala sokongan,mengambil berat akan hal kita..tapi sudah menjadi adat manusia..yang jauh asyik teringat dan yang dekat langsung tak terpikat..cinta itu tidak menuntut kita menjadi oranglain..tetapi menjadi diri sendiri..cinta yang suci tidak perubahan atau pengorbanan yang besar dari insan yang di cintai..jika dia tidak dapat melihat kecantikan dan keistimewaan yang ada dalam diri kita..nyatalah orang itu bukan di takdirkan untuk kita..maka walau banyak mana pun kita cintai dia..perlu belajar melepaskannya kerana kita hanya manusia biasa..bukan daya kita melawan takdirNya............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ikhlas atau tidak cinta itu...

kita manusia mudah sekali melafazkan cinta..namun cukup ikhlaskah cinta itu..?
ikhlas atau tidak sesuatu itu..hanya tuhan yang tau dan kita manusia tak layak untuk menilai keikhlasan hati seseorang kerana hati seseorang tak mampu kita tau apa yang terdetik di situ..
     bagi aku cinta yang ikhlas datang dari hati yang ikhlas..hati yang tak punya sebab apa2 knp dia mencintai seseorang..cinta datang tanpa perlu kita meminta dan cinta untuk kita berikan bukan untuk kita pinta..andai telah di takdirkan cinta itu ada untuk kita..tanpa kita duga akan hadir jua ia..
 
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

andai aku jauh dari mu.....

dalam lakaran kehidupan ada ketika kita berjauhan..
demi tuntutan kehidupan di saat kita berjauhan..
penyataan cinta mencium persalaman,,
bimbang dan kerisauan sendirian..
ucapan bunga-bunga keraguan..
cemburu tanda kasih sayang yang di lafazkan..
kita hindarkan gangguan perasaan..
jangan biarkan si syaitan menggoda bila kita kejauhan..
di hati dan ingatan tegaskan bila kita berjauhan..
tidak akan ada perpisahan..
bermesralah dengan kerinduan..
moga cinta sejati antara kita
akan terus berkekalan.........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia itu suamiku.............

siapalah aku tanpa dirimu..
kau sentiasa bersama ku..
tidak mengira waktu kesanggupanmu..
keberanian yang sukar di temu..
kesukaran demi kesukaran melangkah tanpa jemu..
cinta mu paling suci anugerah dari Illahi buat ku..
kasih mu tidak ternoda oleh duniawi..
kegembiraan sama kita lalui..
dalam kepayahan kau tetap disisi..
kesabaranmu amat tinggi..
terima kasih tuhan ku yang maha suci..
menemukan aku dengan insan sebaik ini..
wahai suami yang selalu ku cintai..
izinkan diriku selamanya berada disisi............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

surat cinta dari hati buat dia yang amat ku cintai...............

sesuatu yang syg ingin tuliskan untuk abg..
surat cinta yang hati ini karangkan untuk abg..
hanya untuk abg..
hati ini tidak mampu untuk berkata-kata..
jadi maaf lah andai ianya tidak bersuara..
menyatakan kasih dan sayang yang sememangnya selamanya milik abg..
semoga satu hari nanti abg faham..
andai hati ini mampu berbicara..
pasti telah di ungkapkan segala madah..
segala puisi cinta..
supaya abg tau..
betapa hati ini penuh dengan kasih sayang untuk abg..
sehingga tiada ruang untuk sayang yang lain datang menghuni..
syg cuma punya satu hati..
hati ini untuk abg..
insyaallah selama-lamanya................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku yang masih sakit...

pagi ni aku sahur dengan roti canai sebijik jer..bulan ramadan ini aku betul-betul sakit..
namun aku masih lagi larat puasa..walaupun doktor nasi hatkan aku jangan puasa..aku tetap terus kan juga..
pagi ni encik hubby suami tercinta sahur kat luar jer sebab dia takmo susah kan aku untuk bangun..
sebab dia tau aku tak sihat..
  balik dari sahur dia beli kan aku roti canai dan teh ais..tapi aku tak boleh habiskan roti canai sebijik..selera ku betul-betul takde sepanjang puasa ni..bila berbuka pun hanya makan sikit jer..tapi aku tetap bersyukur pada tuhan kerana masih kuatkan aku untuk terus berpuasa di bulan mulia ini.....
  hari ni hubby keje syif petang..hari ni aku berbuka sorang2 lah petang nanti..paling tak best sebab selalunya aku hanya makan bila dia balik..tido hanya bila dia ada disisi..tapi hari ni kena berbuka sorang2..hurm..takpelah..nak buat mcmana dah hubby keje..dah keje nya begitu..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cinta itu.......

tidak boleh di katakan miskin seseorang itu jika dalam hatinya punya CINTA...
sesungguhnya cinta tak perlukan mata untuk melihat..
tak perlukan telinga untuk mendengar..
tak perlukan bibir untuk melafazkannya..
tapi cinta perlukan hati untuk merasainya..
perlukan jiwa untuk memahaminya.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

adakah ini ramadan terakhir ku................

sudah 2 hari rasa sakit pada perut sebelah kiri ku rasakan..nak bernafas susah,nak bangun susah dan nak baring pun susah..dah lama sakit tu tak datang..kini datang lagi..badan terasa lemah dan macam nak demam..3 hari lepas aku baru jer balik dari buat rawatan susulan untuk penyakit jantung dan buah pinggangku..doktor tak bagi aku puasa..katanya darah aku tak stabil..maybe boleh jadi pendarahan dalam kepala..
     tapi aku tetap nak puasa selagi aku rasa aku mampu berpuasa..namun dalam hati ada juga terdetik adakah ramadan kali ini yang terakhir buat ku..kalau ikutkan jangkaan doktor..ini tahun terakhir ku..namun doktor hanya meramal..semuanya DIA sang pemilik nyawa yang menentukan..sudah 32 tahun aku melihat dunia indah ini..jika ini masanya untuk aku pergi..aku redha..telah banyak aku pelajari tentang hidup..pelbagai suka duka ku lalui..jatuh,bangun tetap aku gagahi..
     disini aku punya banyak cinta..cinta pada keluarga,kawan2 dan insan tercinta ku iaitu dia suamiku..yang sudi menerima aku seadanya aku..yang tak pernah persoalkan kekurangan aku..sedangkan aku dengannya boleh di ibaratkan umpama langit dan bumi..dia boleh dapat yang lebih baik dari aku..namun telah di takdirkan aku yang di cintainya..terima kasih buat suami tercinta..
    begitu juga pada kawan2 semua..mungkin persahabatan ini tak lama..namun moga aku tetap jadi kenangan terindah dalam hidup kalian semua..andai aku pegi nanti..hanya doa ku harapkan kalian titpkan buat ku insan yang tak punya apa2...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

suatu ketika dulu...............

suatu ketika dulu pernah aku berkata padamu "andai kata aku berhenti tersenyum..andai kata aku berhenti lakarkan kisah tentangmu..andai kata kita tidak lagi seperti dulu..sudah ada ceritamu ceritaku..andai kata tiada lagi bicara antara kau dan aku..mahukah kau terus merinduiku..kerana ketika semua itu berlaku..itu bermakna telah ku biarkan kau pegi jauh dari hatiku..."
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenangan itu....................


dah lama aku tidak coretkan sebarang kisah tentang dia..bukan aku lupa..dia selalu paling atas bertahta dalam jiwa selepas insan yang aku cinta..dulu aku selalu coretkan pelbagai kisah tentang dia..namun bila semua salah sangka dan ganggu hidup dia..aku tak pernah lagi ceritakan kisah dia disini mahupun di mana-mana..dia sahabat peneman jiwa..hadirnya tika jiwa berduka..hari ni hati tertanya-tanyabetul ke aku tak syg dia...?aku hanya terlalu manja dan takut kehilangan dia..tapi bukan begitu yang hati aku rasa..aku mmg sayang dia..dan aku juga takut hilang dia..nanti kalau dia takde..bila aku sedih,nangis dan ada masalah yang aku tak boleh kongsi dgn insan tercinta..aku nak cari siapa..hanya dia yang fahami aku..yang kenal sikap aku..bukan aku nak musnah kan hidup dia..bukan jugak aku tak mo lepaskan dia..tapi tiapkali itu yang terlintas di fikiran..itu jugalah yang buat aku sedih..pada dia,maaf kan diriku jika hadir ku dalam hidupmu begitu menyusahkan mu..seikhlas hati aku amat syg akan diri mu..kau sahabat peneman jiwa..persahabatan mu anugerah terindah dari tuhan buat ku-------- ♥


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MAMPUKAH KITA MENCINTAI SUAMI ATAU ISTERI TANPA SYARAT


Bismillahir-Rahmanir-Rahim...

Mampukah Kita Mencintai Tanpa Syarat? *"Sebuah renungan buat para suami, istri dan calon istri". Dilihat dari usianya, beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja,Pak mail, 58 tahun, sehariannya diisi dengan mejaga istrinya yang sakit dan sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun. Mereka di kurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cobaan menerpa, setelah istrinya melahirkan anak ke-4, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Itu terjadi selama 2 tahun. pada tahun ke 3, seluruh tubuhnya menjadi lemah, bahkan terasa tidak bertulang. Dan lidahnya pun sudah tidak lagi boleh digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuap dan mengangkat istrinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja, di letakkan istrinya di depan TV, supaya istrinya tidak merasa kesepian.

Walau istrinya tidak dapat berbicara, tapi dia selalu melihat istrinya tersenyum. nasib baiklah tempat keje Pak mail tidak begitu jauh dari rumahnya,sehingga siang hari dia pulang untuk menyuap istrinya makan tghari.

petangnya dia pulang memandikan istrinya, mengganti pakaian dan selepas maghrib di temani istrinya menonton TV sambil menceritakan apa-apa saja yang dia alami seharian. Walaupun istrinya hanya bisa memandang, tapi tidak bisa berbual-bual dengannya, Pak mail sudah cukup senang, bahkan dia selalu bercerita pada isterinya sebelum  tidur. Rutin ini dilakukan Pak mail lebih kurang 25 tahun, dengan sabar dia mejaga istrinya bahkan sambil membesarkan keempat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa, tinggal si bongsu yg masih belajar.

Pada suatu hari, ke-4 anak pak mail berkumpul di rumah orangtua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah anak mereka berkahwin..semuanya sudah tinggal dengan keluarga masing-masing dan Pak mail memutuskan, ibu mereka dia yang mejaga, yang dia inginkan hanya satu, semua anaknya berjaya. 

Dengan kalimah yg cukup lembut..anak yang sulung berkata, "ayah, kami ingin sekali mejaga Ibu, semenjak kami kecil kami melihat ayah mejaga Ibu..tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari mulut ayah. Bahkan ayah tidak izinkan kami menjaga Ibu". Dengan air mata berlinangan anak itu meneruskan kata-katanya, "Sudah yg ke 4 kalinya kami mengizinkan ayah berkahwin lagi, kami rasa Ibu pun akan mengizinkannya, kami sudah tidak sanggup melihat ayah begini, kami janji kami akan mejagaIbu sebaik-baiknya secara bergilir-gilir...


Pak mail berkata yang sama sekali tidak diduga anak-anaknya."Anak-anakku, jikalau perkawinan dan hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin ayah akan berkahwin, tapi ketahuilah dengan adanya Ibu kalian disamping ayah, itu sudah lebih dari cukup, dia telah melahirkan kalian". Sejenak kerongkongannya tersekat.. "Kalian yang selalu kurindukan hadir didunia ini dengan penuh cinta yang tidak ada satu apa pun dapat di bandingkan dengan kegembiraan ayah melihat kalian. 

Cuba kalian tanya Ibumu, apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?""Kalian menginginkan ayah bahagia, apakah batin ayah bisa bahagia meninggalkan Ibumu dengan keadaanya sekarang, kalian menginginkan ayah yg masih diberi Tuhan kesihatan dijaga oleh orang lain, bagaimana dengan Ibumu yg masih sakit." Sejenak,  menitis airmata anak-anak Pak mail,mereka pun melihat titisan-titisan airmata keluar dari mata Ibu mereka..Dengan pilu ditatapnya mata suami yg sangat dicintainya itu.

berkata pak mail pada anak-anaknya.. " ayah memilih ibumu menjadi teman hidup ayah, sewaktu dia sihat , dia pun dengan sabar menjaga ayah,mencintai ayah dengan hati dan batinnya bukan dengan mata, dan dia memberi ayah 4 orang anak yang bijak dan baik2 belaka..Sekarang dia sakit, kerana berkorban untuk cinta kami bersama dan itu merupakan ujian bagi ayah, apakah ayah dapat memegang janji untuk mencintainya apa adanya. sekiranya dia selalu sihat pun takkan pernah ayah mencari penggantinya, apalagi dia sakit".

indahnya cinta seorang suami yang betul-betul mencintai isterinya seadanya bukan kerana rupa,nafsu mahupun harta..namun ternyata di dunia indah ciptaan Allah ini..suami yang sebegitu hanya wujud satu dalam berjuta..bagi isteri yang memiliki suami yang sebegitu..moga bahagia hingga ke syurga...................assalamualaikum

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati terasa rindu.................

dah terlalu lama tidak ku singgah disini..kalau dulu disini lah tempat ku luahkan segala yang terpendam di hati..tika sedih datang melanda diri..hanya dengan penulisan aku luahkan apa yang menjadi rahsia di hati..namun sudah beberapa bulan tiada apa2 catatan ku lakar kan disini..bukan kerana aku cukup gembira dengan hidup ku..hanya aku leka dengan dunia ku..hingga aku terlupa di mana segala rahsia hati ku tersimpan..
    nasib baik aku masih ingat passwordnya..kalau dah lupa terpaksa lah aku buat lagi satu benda ni untuk melepaskan segala keresahan yang tersimpan di hati ku..setelah sekian lama tidak menjengah ke sini hati terpanggil untuk melihat perkembangan terbaru disini..nampaknya blog tumbuh bagaikan cendawan..macam2 blog kita boleh jumpa dan macam2 cerita kita boleh baca dan kongsi..
   permulaan yang agak hambar kerana sudah lama tidak menulis disini..namun rindu datang bertamu di hati..rindukan suasana yang menenangkan hati ku..disini hatiku kongsi segalanya tanpa ada rahsia lagi...........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

i will be the last for you..you will be the last for me...............

ramadan yang ke-7..hari ni sedikit kesayuan menghuni hati..ntah kenapa rasa sayu itu tetiba datang bertandang..entah apa yang telah mengusik hati sehingga terasa sayu begini..pada tadi mulakan rutin harian seperti biasa bangun masak sahur untuk semua..bila dah siap semua baru kejut semua orang..hati cukup tenang sepanjang ramadan yang penuh makna ini..namun adakah ini bakal menjadi ramadan terakhir dalam hidup ku..atau akan ada lagi waktu untuk ku terus menghargai indahnya bulan mulia ini..
          lepas sahur tadi mata takmo lelap..hanya termenung menandang pada kipas yang ligat berpusing..banyak persoalan di hati...merenung kembali pada jendela kehidupan..pelbagai dugaan datang menjengah diri..suka,duka.tangis dan tawa,,reality kehidupan agaknya apa yang terjadi tak seindah yang diimpikan..namun tiada siapa patut di salahkan..kerana hati cukup tau apa jua yang berlaku takkan berlaku tanpa izinNYA dan sememangnya telah tertulis dalam takdirNYA.....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "