BILA PENA KU TARIKAN



dah 2 hari rasanya tak menulis kat blog  nih
macam biasa kalau senyap takde post terbaru tu
maknanya saya demam..musim hujan nih kesihatan makin teruk
penyakit lelah dan semput melanda diri..
semalam plak buatnya demam melanda
jenuh jugak jadi nya..pertama kali semalam tido awal
nak tgk tv takleh sakit kepala dan jadi letih..

bangun pagi ni terasa okay sikit..sebab semalam pukul 3 pagi bangun makan ubat
sebab tak tahan sangat badan rasa mcm lemah sangat..
dah lama pena tidak ku tari kan..
selalunya bila pena mula ku tari kan semua kisah ku jadi kan cerita..
namun terlalu banyak kisah kehidupan yang ingin ku jadikan cerita
sama ada kisah suka mahupun duka

beberapa hari ni aku selalu dapat panggilan telifon dari hubby ku
tapi bila selalu plak tak tau nak sembang pasal apa
masing2 hanya tanya dah makan ke,sihat ke..
lepas tu masing2 diam
last2 hubby cakap okay lah..esok abg call lg..

tetiba aku rasa mcm hubby telifon aku tiap2 hari sebab terpaksa plak
ntah lah maybe itu hanya perasaan aku..hurmmmmmmmmmmm
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RINDU YANG TERSIMPAN



kadangkala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang
tetapi jiwa kita berkata mungkin aku saja yang merinduinya
lalu rindu itu tak terluah..dan kerana rindu itu tiada bertepi
kita terus menyimpannya didalam hati..

tak terluah bukan kerana apa..tapi takut akan merubah segala yang indah
kita amat takut untuk menerima kenyataan
kerana kenyataan selalunya pahit 
mungkin nasib diri bertuah secerah langit
mungkin juga nasib diri malang sekelam awan hitam
lalu rindu itu terus tersimpan
tiada siapa tahu ianya milik siapa.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PAGI YANG SAYU



pagi ni terasa sayu jer hati mungkin sebab dengan cuaca mendung kot..
hari ini alhamdulillah masih di beri peluang bernafas
dan masih bisa menjalani hari ini dengan berkeadaan agak baik
cuma penyakit semput agak teruk sikit..
begitu juga dengan batuk..beberapa hari ni batuk makin menjadi-jadi..
tapi tetap bersyukur dengan apa yang tuhan beri....

dalam hidup kalian apa yang baut kalian menyesal
pasti adakah..dalam hidup saya..saya sikit pun tak menyesal di berikan sakit
malah saya tetap bersyukur dan terima kasih pada tuhan
kerana bagi peluang saya melihat dunia indah ciptaan nya ini
walaupun banyak kurangnya diri..namun ramai yang sayangi..

cuma dalam hidup ini yang buat saya menyesal adalah
apabila terbenamnya matahari
umur saya makin berkurangan..akan tetapi amalan nya tidak bertambah
tuhanku sungguh aku hamba yang hina lagi kerdil disisiMu..
mohon Engkau terangi hatiku dengan cahaya hidayahMu..........amin
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA LETAKNYA DI HATI



bila hujan tetiba terasa jiwang plak
tambah-tambah bila hati merindui seseorang
lagi bertambah jiwang jadinya..

alah sesekali jiwang tak salah kan
tapi ya ke sesekali jer aku jiwang
macam selalu jer..hahahaha

dah tu nak buat mcmana dah aku
sememangnya orang yang sebegitu
jiwa dan hati aku dah ke arah tu
biasalah aku nih jiwa rapuh sikit..heheehe

percaya tak kalau aku kata yang cinta tu letaknya dihati
bukan di mata,telinga mahupun mulut
cinta yang letak di hatilah cinta yang betul-betul pasti

walaupun tersembunyi
namun getarnya pasti akan kita rasai
mampu mempengaruhi jiwa
hingga kita bisa melakukan hal-hal
yang tanpa kita sedari kan

bagi aku cinta sejati perlu datang dari hati
bukan dari mata yang hanya memandang pada rupa
bukan pada telinga yang hanya mendengar kata indah saja
bukan juga pada bibir yang selalu melafazkan cinta
tapi dari hati yang tak pernah jemu mencintai.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TEH PANAS VS BISKUT KERING



hihihihi...tak pernah2 dalam hidup aku minum teh panas
aku lah manusia yang paling tak suka minum air panas..
batuk sampai tak kuar suara pun aku tetap nak air batu jugak..
sampai aku demam gigil2 pun aku mintak air yang berais jugak..

dah lah aku takleh berpisah dengan kipas..
sejuk camne pun mesti nak bukak kipas..
hari ni mcmana tak brapa selera nak makan nasi
tengok orang makan macam sedap jer
tapi bila nak makan tak selera
last2 tak makan pun

pastu aku tertengok anak sedara aku makan biskut kering
dia cicah dengan teh panas..mintak dia suap kat aku
sedap plak...terus aku ambik cawan dan 2 keping biskut makan
terasa amat2 sedap lah plak....hahahahaha
hilang jugak lapar perut..hari ni beralaskan biskut kering 2 keping dan
teh panas secawan..layan jelah...............heehhe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HIHIHIHI...APA PUN TAK BOLEH DAA



baru nak berjiwang sikit di pagi yang hujan renyai2 nih
dah ada yang tegur kita kat fb cakap kita ni jiwang sangat
hahahaha...rasa macam nak jawab ikut suka kitalah..
tapi karang kita jawab mcm tu ada plak yang kecik hati..
jadi kita biarkan jelah..adoi mcmana orang nak maju..
baru jer nak menulis dah ada yang menegur..
tak salah berjiwa pun janji kita tak kacau orang..
kalau sudi baca..baca jelah...hadoi...apa pun tak boleh..hahahahaaha
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA UMPAMA SEBIJIK BAWANG



cinta umpama sebijik bawang
ketika bercinta kita mencari cinta yang paling dalam..
kalau kita mahu tahu erti cinta
kita harus mengupasnya umpama kita mengupas kulit
bawang itu satu persatu..
dan tanpa kita sedar didalamnya tiada apa-apa kecuali airmata..
sememangnya cinta itu indah..
namun untuk mendapatkan cinta yang tulus..
bukan semudah mengupas kulit bawang..
tapi dugaannya sepedih mata yang terkena air bawang................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA CINTA ADALAH SESUATU



bila cinta adalah nafas aku ingin hidup seabab..
bila cinta adalah keindahan aku ingin selalu memandangmu..
bila cinta adalah luka aku takkan peduli betapa sakitnya..
aku ingin terus mencintaimu,tanpa peduli seberapa pahitnya..
bila cinta adalah airmata,aku akan tetap tersenyum..
agar kamu tahu aku begitu tulus menyayangimu....

ku titipkan bicara ini buat dia..insan yang selalu istimewa
dalam jiwa ini selamanya....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEMALAM YANG HANGAT



macam suspen je tajuknya kan..hahahahaha
kita cuma hapi semalam sebab hubby kita call..
dah 2 hari kita tak dgr suara dia..semalam bila dalam call dari dia
bukan main suka lagi kita..sebab kita rindu sesangat kat dia..

tapi kelakar semalam hubby kita call semua orang kat kmpung..
dari adik kita sampai ke abg kita..sebab kita tak jawab dia call..
kita tak jawab bukan apa kita tak dengar pun bunyi hp kita
sebab kita lupa yang kita ttp hp kita..hihihihi

bila bukak tengok ada 5 miscal yang sampai pada kita
kesian kat hubby kita..tapi tak dapat cakap lama
hubby kita kat pendalaman jadi line asyik putus2
jap2 tak dgr pun dah lah kita plak semput
sebab penyakit lelah kita datang beberapa hari nih..

tapi dapat dengar suara hubby kita kejap pun dah okay dah..
kita dah hapi sesangat..sebab kita terlalu rindu dia
hubby kita kata esok abg call sayang lagi..hihihihi
lambatnya hubby kita nak habis kursus
rasa mcm lama sangat dah kita tak jumpa dia
kita rindu...........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KERNA AKU CINTA DIA



pada kamu yang pernah jatuh cinta
kamu pasti sanggup buat apa saja demi dia kan
sama macam aku..kerna aku cintakan dia
aku menangis setiap hari kerna dia pun hati aku tetap kata takpe
walau berkali-kali dia lukakan hati aku pun aku rela
dalam hati hanya kata kerna aku cinta dia..

maybe ada yang beranggapan bodoh terlalu mencintai seseorang
mungkin ada betulnya dan mungkin ada tidak betulnya
cinta seseorang buat kita rasa cukup bahagia
apatah lagi saat dia hargai kita
terasa diri sangat bermakna

namun kala cinta yang di beri di persia
memang terasa sakitnya
diri pula ibarat tak berharga dan langsung tak penting padanya kan
namun soal hati susah untuk kita ramalkan dan mengerti
terlalu misteri dan banyak rahsianya
hanya hati itu sendiri yang tahu
apa yang terbuku disitu..
namun hakikatnya manusia tak boleh hidup tanpa cinta
kerana cinta dan manusia sudah serasi
tanpa cinta hati kosong dan jiwa sunyi.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MACAM-MACAM ADA



sekarang macam2 ada kan..blog tumbuh bagaikan cendawan..hehehehe
tak lupa jugak halaman2 tentang cinta..hihihihi
tapi ada kebaikan juga..semua tu buat kita tau perkembangan dunia..
kita tau cerita dan isi hati orang yang sebelum ni kita tak pernah kenal pun..

aku sendiri pun ada buat jugak halaman nih..antaranya "luahan rasa dan kata cinta dari hati"
alah saja time bosan2 boleh menulis kata hati untuk dikongsi pada yang sudi membawanya
yang tak sudi tu tak payah kata apa2..hehehehehe..duduk dediam
sebab dalam hidup ni apa yang kita suka tak semua orang suka..kan..kan..kan...

pada kawan2 yang rajin singgah blog liya..bolehb cari page nih..luahan rasa..liya punya tuh
boleh luahkan segala rasa yang terbuku kat hati tu kat sana..
page kata cinta dari hati hanya untuk liya post apa yang liya tulis kat blog nih jer..untuk mudahkan sesapa yang nak membacanya..

tekan jer tajuknya dah pun masuk kat blog liya yang tak seberapa nih..
mana yang suka jenguk2 ke blog liya nih mekasih lah ek..
liya bukannya sasterawan negara..menulis hanya hobi jer
takde niat nak jadi penulis pun..tak layak pun..
jadi jika ada kurangnya biarkan jerlah ya..
maklumlah liya tak sehebat penulis novel cinta
hanya berkongsi apa yang hati rasa........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA AKUKAH YANG MERINDU



pagi ni terasa sunyi jer..semua orang busy dengan hal masing2..
aku plak tetiba terasa nak mengadap komputer hari ni..
semua keje telah siap aku lakukan..terasa bosan pula..
nak tengok tv pun astro biasalah asyik2 cerita yang sama jer.
naik jemu juga mata ini melihatnya...

hari ni hari ke tiga dia kursus..hati ini masih terlalu rindu..
rindu yang teramat rindu..namun jauh disuut hati ada satu suara berbisik..
hanya akukah yang merinduinya atau dia juga rinduiku sepertimana aku rinduinya..
namun tiada jawapan bermain di benak ku..

tetiba terasa sayu bila terfikirkan semua itu..
mungkin betul hanya aku sekarang yang merindu..
mungkin dalam hatinya tiada sedikit rindu..
kerana tiada khabar berita..
setiap hari aku menunggu panggilannya..
namun hati hampa...

Tuhanku,
jika hanya aku yang merindu..
kau kuatkan lah hati ini untuk terus merinduinya
meski rindu itu tidak ku tahu terbalas atau tidak
kata orang jika kita mencintai seseorang
jangan harap dia mencintai kita
kerana cinta bukan untuk meminta
tetapi untuk memberi...................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUNYI,SEPI,SAYU



malam ke 5 kat kampung tanpa hubby..terasa sangat sunyi..baru 5 hari..tapi dalam hati rasa mcm dah 5 minggu..adik2 plak takde ikut abg dengan kakak ke penang..betul2 trasa sepi di ruang hati ini...hati ini rindu..rindu pada hubby yang kini kat perak..."abg tau tak saat ini sungguh syg rindui abg...hidup syg terasa kosong tanpa abg dsisi...

hati juga terasa sayu..saat demam,batuk melanda diri..suara pun dah tak kuar..lelah,semput dah datang..tiapkali bulan 11 or 12 mesti penyakit lelah datang berulang..terasa bosan pula..namun hati tetap redha..sudah ketetapan tuhan..lagipun ini hanya ujian di dunia..ujian di akhirat masih blum di ketahui lagi bagaimana..okaylah..catatan i terakhir untuk hari ni...moga hari terus pantas berlalu..kerana tika ini hati tak tahan menanggung rindu........selamat malam smua
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA DIA YANG AKU CINTA

letak pic kawin yang trjumpa kat fb..ramai yang komen pasal gambar hubby yang dulu dan sekarang berbeza sesangat..hhhehehe...kita sendiri tgk pun tergelak..kurus sesangat..sekarang bukan main tembam...memang tak sangka lah...semua gelak besar tgk gambar tuh...hubby jer yang maybe tak tgk lg sebab dia dah mula kursus hari nie..hihihi

ada yang kata itulah berkat cinta dan air tangan seorang isteri..suami yang kurus kering belum kawin..pas kawin dah besar gila..hahahahaha...tapi aku tak kisah hubby kurus ke..gemuk ke...hanya dia yang selamanya aku cinta.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU CINTA DIA




Disisi mu aku terdiam seribu bahasa..dihati ku bergetar sejuta rasa..namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu..nafas ku terhenti melihat dirimu..terasa pantas degupan jantungku ini..mungkinkah hatiku milikmu jua ku sayang padamu..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KENANGAN DULU-DULU



tengah kemas-kemas umah trjumpa satu gambar kawin dulu..bila tngok balik rasa kelakar..
kurusnya hubby kita masa nih..macam lidi pun ada...hahahahahaha..kita plak tembam bukan main...hihihihi


ni plak hubby yang sekarang...berbezakan...hahahahaha...kita tengah fikir sekarang mcmana hubby kita bolh jadi besar macam ni setelah 7 tahun kawin..hehhhhh


ni plak pic kita sekarang..kita plak yang kurus mcm lidi..tertukar dengan hubby..hubby pas kawin gemuk..kita pas kawin kurus..hahahahahahaha..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEPI MELANDA HATI

hari ke empat kat kampung..terasa betul-betul sunyi tanpa encik hubby disisi..hari ni hari pertama encik hubby kursus kat perak..mohon ku pada tuhan moga segalanya di permudahkan untuk hubby kat sana..moga hubby selamat pergi dan selamat balik..

saat ini kesepian melanda hati..namun aku tahu ini semuanya hanya seketika saja..moga nanti kesepian itu akan belalu pergi..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEMENDUNG HATIKU



bila orang baca status kat Fb aku..post2 kat bloh aku
aku selalu bercerita tentang suami aku..
satu hari ada seseorang berkata padaku
yang nampak sangat aku terlalu mencintai suami ku..

memang aku terlalu mencintainya..jika tuhan izinkan
aku ingin habiskan sisa hidup yang ada disampingnya
hingga helaan nafas yang terakhir..
aku bahagia bila aku ada dia
walaupun kekadang dia umpama ada di dalam tiada..

walaupun kekadang dia selalu buat aku mcm tak bermakna
buat mcm aku tak wujud dalam hidup dia
aku tetap cinta dia..bagi aku dia semangat dan hanya dia
yang mampu buat aku tersenyum dan ketawa
dan dia juga lah yang selalu buat aku berduka
lalu menitiskan airmata

ada kawan-kawan yang cakap aku bodoh
kerana terlalu cintai seorang suami yang aku tahu
aku ada atau tiada mungkin tiada makna padanya
namun aku tetap kuatkan hatiku juga
aku yakin satu hari nanti dia akan tau
yang betapa bermaknanya aku pada dia

walaupun masa tu aku dah takde
sekurang-kurangnya kenangan antara kami tetap ada
bukan kan tempat seorang isteri disisi suaminya
samada dia bermakna atau tidak pada seorang suami
lsteri itu tetap perlu taati suaminya kan..

dia tak pernah cakap dia sayangkan aku
tapi bila aku sakit dia jaga aku
bila aku marah-marah dia diam jer
selama aku kawin dengan dia dah 7 tahun dia tak pernah tengking aku
usahkan cubit aku..

bagi aku dia suami yang sangat baik
mungkin dia tak pandai nak luahkan sayangnya
dan buat aku terasa yang aku tak bermakna
pada suami ku maaf jika sayang merasa begitu
jauh disudut hati..sayang bersyukur punya abg
sebagai suami..................

last post untuk hari ni..hati ini terasa sangat2 mendung
jadi sebelum hati ini hujan..aku undur diri dahulu
insyallah panjang umur jumpa lagi..................sekian
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA SATU HARI KAU TERBACA NANTI



mendung je hari ni kan..tapi tak hujan pun..hanya mendung jer..
macam tau2 jer yang hati ku jugak tengah mendung sekarang..
setiap saat aku tengok jam..kalau aku boleh hentikan masa..aku tak mahu hari esok muncul..
sebab aku masih nak habiskan hari-hari ku bersamanya...

tapi waktu yang berputar masakan boleh di hentikan..
tadi layan tv jap..tajuk citenya "mesej terakhir" best jugak citenya tapi sedih sikit..
kisah seorang isteri yang terlalu mencintai suaminya..
namun suami dia meninggal kerana xsiden..
dia baca sms terakhir dalam HP suami dia..
suami dia ada perempuan lain..
selama ni dia begitu sanjung suaminya...

suaminya jatuh cinta pada seorang janda kat tempat yang dia selalu
pegi out-station..pompuan tu janda anak satu..
dia ingat suami dia jahat..
bila dia baca mesej terakhir suami nya baru dia tahu
yang suaminya seorang lelaki yang baik..

tetiba aku terdengar lagu nih..
tajuk lagu nih kehilangan..macam best plak aku dengar
terus cari tadi..hehehe

bila tgk watak marina si isteri tuh
sama mcm aku terlalu cintai seorang lelaki bernama suami..
hingga tak tau nak hidup mcmana kalau dia takde..
tiba-tiba bila tau suami cintai pompuan lain
sedih tak terkira..terasa cinta yang selama ini tak berharga..

tapi mungkin suami aku tak mcm tu..
aku harap pada tuhan moga bukan begitu
sekalipun nak cari pengganti aku..
tggu lah hingga akhir hayat ku..
sebab aku tau dengan sakit yang aku tanggung
aku takkan hidup lama..

jika suami ku terbaca coretan ini..satu jer yang ku nak cakap..
tanpa dia memang aku tak tau nak hidup mcmana
aku akan sedih setiap hari..
aku mohon pada tuhan jika suami ku ingin berubah hati..
biar lah saat aku tiada lagi..
kerana hati ini jugak tak mungkin dapat menerimanya
sesungguhnya cintanya tiada ganti..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TERPAHIT DAN TERMANIS SEMUANYA TERINDAH



dalam hidup kita semua pasti ada banyak kenangan kan..maybe kenangan tu ada yang manis dan ada yang pahit..bagi kita plak samada kenangan itu yang termanis ataupun yang terpahit semuanya adalah yang terindah kerana disitu kita belajar erti hidup kan..

kita menjadi matang hanya dengan semua kenangan itu..dan kenangan sampai bila-bila pun takkan padam dari ingatan kita kan..kita akan selalu ingatinya kecuali kita dah mati nanti or kita dah nyanyuk..selagi belum jadi macam tu kita kan selalu ingatinya..

punya kenangan adalah sesuatu yang sangat indah..cuba bayangkan jika hidup kita tanpa kenangan..apa yang berlaku pada kita,kita lupa semuanya mcm tu jer..mesti hidup kurang menarikkan..hidup terasa kosong tanpa kenangan..kerana tiada satu apa pun yang dapat kita kenang...

jika kita ada kenangan sekurang-kurangnya bila kita kita sedih..kita ingat semua kenangan manis dalam hidup kita..kita mampu senyum kembalikan..begitu juga bila kita mula lupa siapa kita..cuba ingat semula orang2 yang sayangkan kita..kita pasti tak lupa mana asal kita..

alangkah bermaknanya sesuatu kenangan tukan..selamanya akan tersimpan di hati dan ingatan kita...akan buat kita tersenyum dan menangis tika kita terkenang kembali semuanya.....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "