dia bukan lagi dia yang dulu................

kala ini sungguh hati rindui dia yang jauh di mata..namun aku tahu hanya aku yang merindu..kerana dia bukan lagi dia yang dulu..yang selalu ada tika aku memerlukannya..dia kini semakin jauh dari ku..umpama ada jurang memisahkan aku dan dia..

namun sebesar mana pun jurang itu..dia tetap selamanya aku cinta..tiada cinta lain slain cinta dia di hati ini..hati ini terlalu sukar untuk terima cinta lain kerana bagi hati ini cintai dia hingga ke akhir hayat..tana dia tak mungkin diri ini kenal apa itu cinta..

diri ini tahu diri ini serba kekurangan dan mungkin tak layak lagi untuk dia cintai..kerana dia punya segalanya..kerana dia sempurna orangnya..jika hati ni mampu ingin hati ini pegi berlalu..namun lupakan dia tak mungkin sekali-kali kerana  hati ini takkan mampu..

tuhanku,
aku mohon padaMu
moga cinta dalam hati ini padanya tak pernah padam
walau badai datang melanda
walau di telan masa
mohon padaMu biar cinta ini tetap bersemi hingga ke akhirnya...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ku pendam duka di hati................

hari ni aku jalani hidup seperti biasa..hanya bertemankan sepi..kenapa ksdihan enggan pergi dari hatiku..hati ku merasa sangat sdih..namun ku tahan airmata ini dari mengalir..tapi airmata ini tetap jua mengalir..terlalu banyak kesedihan menghuni hatiku..hingga aku tak mampu mengusirnya pegi..

kadang aku tertanya-tanya kenapa hidup aku yang singkat ini mash penuh kesedihan..adakah memang tiada bahagia untuk ku hingga ke akhir hayatku..adakah aku akan sedih sepanjang hayatku..

tiada siapa tahu kesedihan ini..hanya aku dan tuhan ku yang tahu..smua orang lihat aku masih lagi tersenyum..namun tanpa pengetahuan sesiapa mata ini selalu menangis..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

terima kasih tuhan....................

dalam hidup ini kata orang takdir hidup kita telah di tetapkan sebaik saja kita lahir kat dunia ini..jodoh kita dengan siapa..bila matinya kita semuanya tlah ditetapkan dan kita takkan mampu mengubahnya..dan kita manusia tak mungkin tahu smua tu..semuanya keje tuhan..

kita hanya mampu merancang tanpa tahu yang semuanya telah di tetapkan sebaiknya..macam aku..tanpa aku tahu kenapa dan mengapa aku di lahirkan begini..semuanya aku lalui dan terima seikhlas hati..walau sukar,walau perit kenyataan hidup ini..namun inilah yang tuhan takdirkan untukku..dalam ikhlas aku pasrah..

namun aku tetap brsyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih berpeluang melihat dan tinggal di bumi indah ini..punya kuarga yang selalu mencintaiku dengan sepenuh hati walau apa jua keadaan ku..cinta mereka memang tiada ganti..jika masa ini mampu ku putarkan kembali..ingin sekali aku ulang semuanya dan perbrtulkan semua kesilapan yang ku lakukan masa lalu..

terima kasih tuhan kerana masih memberiku kekuatan untuk terus gagah berdiri disini..berikan ku peluang untuk aku betulkan apa yang telah aku khilafkan satu masa dulu..terima kasih kerana memberiku ibu dan ayah seperti mereka..adik beradik seperti abg,kakak2 dan adik2 ku..sungguh aku bersyukur dngan kurniaanMu.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenapa aku...??????????...............

tak pernah ada orang yang lahir kat dunia  ni mintak untuk sakit..sama jugak dengan aku..aku pun nak sihat mcm oranglain..supaya aku tak perlu susahkan sesiapa pun dalam hidup aku..tapi dah takdir tuhan begitu padaku..tanpa aku tahu kenapa tuhan memilihku untuk merasai semua ini..aku teruskan hidup dengan sejuta makna..

namun aku sememangnya insan biasa...aku juga punya hati dan aku tau apa itu rasa terluka..rasa di sakiti..ntah apa silap diri ini..kesedihan selalu datang menghuni hati..aku hanya ingin bahagia menemani sepanjang sisa hidupku yang bila-bila masa jer akan berakhir..

tuhanku,
apa yang Kau ingin ku lakukan sebenarnya..
kenapa terlalu berat ujian yang Kau berikan padaku..
adakah terlalu banyak dosaku padaMu..
hingga Kau memilihku..
sesungguhnya tiada daya ku..
Kau kuatkan lah hatiku....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara buat "awak"......................

awak..saya cuma nak awak tau yang saya tak pernah berniat nak susahkan hidup awak..cintai awak ikhlas dari hati saya dan saya bersyukur tuhan bagi awak pada saya..walaupun saya banyak kurangnya..tapi cintai awak adalah dari hati saya..dan jika tuhan izinkan saya nak cintai awak sehingga akhir hayat saya..

tapi saya tau saya tak bermakna pada awak..dan awak takkan apa-apa tanpa saya..saya hanya umpama melukut di tepi gantang pada awak..awak cintai dan terus bersama saya hanya kerana simpati dengan keadaan saya sekarang..

tau tak awak sedihnya hati saya bila saya ingat kat awak..bila saya rindu awak..tak pernah sesaat pun dalam hidup saya tanpa saya lalui dengan rindui awak..awak bukan cinta pertama saya..tapi awak cinta terakhir buat saya..saya kuat sehingga hari ini hanya kerana adanya awak disisi saya..jika awak pergi saya hilang segalanya..

taukah awak cinta saya pada awak terlalu banyak..lebih dari saya cintai diri saya..saya bersyukur kerana sampai hari ini saya masih mampu menangis kerana awak..itu bermakna awak masih di hati saya..malah akan selalu di hati saya..walaupun saya tak lagi di hati awak..ini janji saya..saya akan terus cintai awak selagi nafas mampu saya hela.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

akukah yang tak mengerti........................

kata orang hidup yang singkat ini jangan di biarkan penuh kesdihan..isikan dengan semua kegmbiraan..namun jika hanya bibir yang tersenyum tapi hati tetap menangis bolehkan terus berpura-pura..sesekali kita tak mampu untuk terus berpura-pura..kebenaran akan terlihat jua..

bukan aku tangisi takdir tuhan padaku..tapi aku tangisi kehidupanku yang makin hari makin sepi..aku selalu sendiri..tanpa dia lagi menemani..mungkin aku dah tak layak berada disisinya..atau cinta itu telah lama pergi sebenarnya..hanya aku yang tak mengerti dan sedari..

jika betul aku tak layak untuk terus menghuni hati seseorang..bilang saja pada aku..biar aku tau..jangan biarkan hatiku terus sayu tanpa jawapan yang pasti..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sembunyikan kelemahan di sebalik kekuatan..................

assalamualaikum..dah lama tak ku bicara apa-apa kat sini..hidup sekarang dah tak macam dulu..sekarang 3x seminggu aku kena dialisis..balik je dari dialisis dah letih dah..hari ni dan esok takde dialisis..tapi esok ingat nak pegi jahit,jahitan yang kat dada tu tercabut..kalau di biarkan takut wayar tu plak tercabut..

alhamdulillah syukur pada tuhan masih di beri peluang terus bernafas di pagi jumaat yang indah ni..beberapa hari ni aku banyak diam dari bercakap..ada banyak sangat kesedihan menghuni hati..hingga airmata terlalu murah menitis..telah ku cuba tahan dan kuatkan hati..tapi ternyata aku masih leeya harlina yang punya hati rapuh..

aku sangka aku kuat orangnya..rupanya aku selindungkan kelemahanku disebalik kekuatanku selama ini..hingga hari ini kekuatan itu hilang bila airmata mula menitis membasahi pipi ku setiap hari..ntah apa yang mengganggu hati..tapi yang pasti hati rasa terlalu sunyi...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kini aku bukan lagi aku yang dulu...................






 lama sudah tak menjenguk kat sini..apatah lagi nak melakar catatan untuk bacaan semua..bukan diri ini sudah tidak sudi berkongsi rahsia hati..cuma keadaan diri tidak mengizinkan..kini segalanya terbatas..tidak lagi seprti dulu..kini semuanya berubah..bukan saja diri ini yang berubah..kehidupan juga banyak berubah..aku kini bukan lagi aku yang dulu.......................




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

teringin nak makan ABC............

teringin nak makan ABC hari nie..hehehehe..dah pesan kat adik nanti kalau dia kuar dengan tunang dia..nak balik nanti jangan lupa beli ABC..lagi 3 hari masa untuk stay kat umah..juga hari ni hari ke tiga tiada sms dari yang tercinta..hati tau kenapa..tapi hati tetap rindui dia..setiap saat..
hari ni hari jumaat yang sangat indah..matahari pun cantik menyinar..beburung plak seakan menyanyi riang..hanya hati ini jer yang masih terasa kosong dan sunyi..
tapi yang pasti snyuman masih mampu ku ukir...pada dia yang jauh di mata..tahukah kau yang hati ini rindu..terlalu rindu...............hurmmmm.....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

nasi melukut daun keladi....

malam ni tercapai jugak hajat nak makan sayur keladi..heheheh
tapi takleh makan banyak karang nak tido takleh..
hurmmm...kenapa hati terasa terlalu rindui dia..
dia sepi tanpa kata..tau kah dia kala ini aku terlalu rindu dia...............




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara buat suamiku

tuhan,
hijaukan watan nuraniku
sisihkan dari segala debu resahku
aku ingin senantiasa ceria
menghirup angin bahagia bersama kekasihku
tuhan,
jernihkan lah senantiasa cintaku
semarakkan selalu unggun kasihku
leraikan segala rinduku
tuhan,
berikan aku kudrat
menyusur persisiran kasih abadi
memikul cinta terus melangkah jauh
di dalam cahaya bersama dia
pujaan hati,peneman jiwa
tuhan,
hanya padaMU ku mohon sejuta kasih
makmurkan persada hayatku
taburkan bunga cintaku
teguhkan cintaku dengan cintanya
moga jodoh kami hingga ke akhirnya
jika kami terpisah di dunia
temukan kami di alam nyata
kerana dia kekasih tercinta
kerana dia suamiku,buah hatiku
abadikan segalanya hingga ke akhirnya
buat suami tercintaku
kau cinta pertama dan terakhirku

cInTa
bukan untuk dikejar
juga bukan untuk dicari...
cInTa
juga tidak mengejar
dan tidak mencari...
Bila ada getar di hati
di situlah ada cInTa
yang telah tertulis sejak azali...-------- ♥

Tuhan,
Gerak
Tangis
Ratap dan bicaraku
Kadang tak semurni
Apa yang kuikrar padaMu
Seandainya hatiku hancur
Kerana merindu
Kujunjung terus
perintahMu
Tuhanku----------- ♥



kata seseorang yang pernah aku kenali suatu ketika dulu..
mengembara dari dunia lain ke satu alam yang lain pun..tidak akan menggembirakan hatimu..jika kesedihan itu terus kau bawa bersama dalam hidupmu......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cantik itu di hati..

‎~~~ ♥ kata dia...Kecantikan itu letaknya di hati...Bersihkan hati...bersihlah iman lalu terpancarlah kecantikan semula jadi insan...kecantikan yang di ubahsuai hanya sementara amat menggerunkan bila di mamah usia...jadi biarlah tak cantik rupa..yang penting cantik dihati dan aku leeya harlina tiada cantik rupa dan tiada indah bahasa..hanya biasa je orangnya ♥ ~~~


biar rasa ini berbicara...


ku biarkan rasa ini berbicara...
ku biarkan tinta ini bersuara..
ku biarkan pena ini bercerita..
melakarkan kisah tentang dia..
mencoretkan rasa cinta..
biar ada jiwa yg memahaminya..
biar ada rasa yg merasainya..
ku tujukan buat dia..
yang selalu membuat rindu..
datang bertamu di relung hatiku..
dia adalah lelaki itu...
lelaki yang dulu,kini dan selamanya...
bertahta di hatiku................

bicara buat tuhanku..

tuhanku,
dugaanmu hebat hingga aku hampir tersungkur..
menjengah rasa putus asa takkala iman makin tipis..
hilang di hanyutkan fitnah manusia yang menggila..
tuhan,
aku hamba yang leka..
aku hamba yang lupa..
kasihmu tak pernah pergi..
hanya aku yang perlu mencari..
setiap ruang...
setiap sudut dari mata ku yang satu..
terima kasih tuhan ku,
tatkala aku temui agungnya kasihMu..
tatkala aku merasai damainya hati ku..
berikan aku kekuatan..
berikan lah aku ketabahan..
rintihan cintaku padaMu..
sentiasa kau dengar..
sentiasa kau sahut..
sentiasa kau ingatkan..
ketabahan..kesabaran tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh hati yang sentiasa bersamaMu..
semoga kebenaran yang kau simpan terbuka jua..
bagai membuka mata setiap manusia..
yang sibuk memburu nafsu..
supaya bertaubat memohon ampun kepadaMu...










" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

masa yang berlalu.............

lagi 4 hari untuk diriku ada kat umah neh..pastu kena bawak diri masuk wad balik..setiap hari ku hitung waktu yang berlalu..kerana waktu sekarang amat berharga bagi diriku..sesaat pun takkan ku biarkan berlalu tanpa ku hitungnya..supaya tiada satu pun yang ingin ku lakukan trtinggal tanpa sempat ku lakukan..
kkdg terasa masa begitu cemburu pada ku..kkdg rasa masa terlalu lambat berlalu..bila rasa begitu itu bermakna hati ku teringatkan sesuatu..ssuatu yang selalu membuat hati ku sayu...
hari ni next dialysis yang seterusnya..hidup sekarang sangat mencabar..kkdg aku hampir rebah lalu tersungkur..namun ku kuatkan langkah selagi belum sampai masa untuk aku mengalah..tetap akan ku gagahi jua..walau hati kadangkala luka parah..ku rawat sendiri hingga hilang sakitnya dan yang tinggal hanya parut yang sesekali terasa bisanya...inilah kehidupan..perlukan banyak pengorbanan......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sayu hati.....

sayu jer hati bila dengar lagu ombak rindu nih..mata terasa berkaca-kaca plak..hehehehe..tetiba jauh disudut hati terasa terlalu rindu pada dia yang kala ini jauh dariku..kekadang sesuatu lagu tu memberi makna yang mendalam dalam hidup kitakan..samada secara kebetulan atau memang disengajakan yang pasti bait-bait liriknya mampu membuat hati kita tersentuh..
bila dengar lagu ombak rindu ni..rindu makin menjadi-jadi dalam hati nie..tapi hati ini tak pasti samada yang di rindui itu juga saat ini mrindui diri ini juga atau tidak..tapi kalau dia tak rindu pun takpe..rindu dalam hati ini buatnya tak pernah padam walau sesaat pun..walau dimana diri ini berada..dalam keadaan apa pun..tak pernah sesaat tidak rinduinya..rinduinya dah jadi rutin harian dalam hidup ini................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cinta tak perlukan sebab...........

hari ke 5 kat umah...cepat betul masa berlalu..satu hari berlalu tanpa kita sedari..hubby dah pun balik kl..terasa sangat sunyi walau keadaan cukup riuh sebenarnya..hati ini memang selalu merasa sunyi tanpanya..ada seseorang memberi nasihat padaku..katanya jangan terlalu cintai seseorang itu..kelak bila dia tinggalkan kita..kita akan merasa sakit yang terlalu sakit..
mungkin betul apa yang di cakapkannya tu..namun hati ini cintainya bukan kerana kehendak sendiri..tuhan yang wujudkan rasa cinta yang sebegitu dalam buatnya..dan cinta yang hadir dalam hati ini padanya tiada sbab kenapa..semuanya kerana telah di tentukan oleh Allah..cinta tukan anugrah terindah dari Allah buat hambanya..
dan hati ini cukup merasa bahagia bila mncintainya sebegitu..selagi nafas mampu ku hela..biarkanlah hati ini cintainya selayaknya..............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ku tahu ku tak seberapa............

aku tidak pernah memilihmu untukku..
tetapi Allah yang memilihmu untukku..
aku tidak pernah berharap mencintaimu..
tetapi Allah menundukkan hatiku untuk memberikan cinta ini untukmu..
aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu..
tetapi Allah yang menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu..
aku jugak tidak harap menanggung rasa ini atas cintaku padamu..
tetapi Allah yang memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..
itulah aku seadanya..tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri..
kerana sang Pemilikku telah mengatur aku harus bagaimana..
memberikan rasa pada siapa...
menanggung rasa yang bagaimana..
aku harus berada di samping siapa dan untuk apa..
suamiku maaf jika diri ini belum cukup sempurna bagimu..
sesungguhnya aku seorang isteri yang kurang segalanya..
tapi ketahuilah oleh mu aku seorang isteri yang mencintaimu sepanjang hayatku.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

pahit atau manis semuanya kenangan....................

selama 10 hari ni kawan2 blogger boleh lah baca liya merepek kat sini..pastu liya menyepi lagi..hehehehe
tapi menyepi bukan untuk selamanya..bila liya balik umah liya tulis lagi bicara yang tak seberapa nih..
3 bulan yang mencabar dalam hidup liya..tak sangka apa yang doktor cakap 7 tahun dulu jadi kenyataa.
tapi apa pun liya tetap bersyukur masih lagi mampu bernafas dan berkongsi luahan hati liya kat sini..hari tu ingatkan dah tak berpeluang menulis disini lagi dan yang ada ni hanya tinggal kenangan jer..
bila dah terasa makin sihat nih macam2 teringin nak buat dan pergi..semalam rasa nak masak daging goreng lada hitam..dah pun masak,..hehehehe
terasa nak pegi pantai jer belum tertunai..tunggu hubby tak busy..ntah bila lah hubby liya nih tak busy..sebab dia lah orang yang paling busy kat dunia nih kot..hehehehe..tapi tak tau lah kalau ada lagi orang yang lagi busy dari dia..hehehe..
hidup sekarang banyak yang terbatas..tapi tetap bersyukur dengan apa yang ada..janji dapat lagi merasa hidup kat dunia nie setelah 17 tahun merasa pahit manis kehidupan nih..semua tu mengajar kita untuk lebih hargai hiudp nih..walaupun hidupni hanya pinjaman dan bukan kekal selamanya kita di dunia ni..namun bukan bermakna kita perlu sia2kan hidup yang tuhan bagi pada kita nih..hiduplah sebaiknya..umpamakan yang esok mungkin takkan wujud dalam hidup kita..dengan itu kita akan lebih hargai apa jua yang ada disisi kita..hehehe..
jadikan setiap saat yang kita lalui sebagai kenangan...tak kisahlah samada kenangan itu manis atau pahit..yang penting suatu saat nanti ada suatu kisah yang kita boleh jadikan kenangan untuk kita kenang.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

pagi yang terang kini sudah gelap..

assalamualaikum...
jumpa lagi di pagi ahad yang mendung ala-ala manja nih..apa khbr semua blogger hari ni..liya harap semuanya sihat hendaknya..liya alhamdulillah makin sihat hari ni..masih ada beberapa hari untuk liya berehat kat umah sebelum masuk wad balik 6hb nanti..
terasa seronok berada di rumah..esok hari petama liya akan mula dialisis di pusat dialisis seroja..hari ni last liya bersama hubby liya..malam karang hubby dah nak balik kl dah..3 hari bersamanya terasa bagaikan 3 jam..waktu terasa berlalu terlalu pantas..tak terkejar..hehehehe..tapi memang tak larat nak keja pun..bukan boleh berlari pun..setakat jalan slow2 boleh lah..hihihihi..
pagi ni dah habis nasi berlauk sebungkus dah..tapi masih terasa lapar..sekarang asyik lapar jer..berat pun dah main bertambah..tapi hubby kata okaylah tuh..dari dulu kurus kering sampai dia nak angkat pun takut patah tulang..hahahah...ada ke sampai takut patah tulang..
hari ni macam biasa pagi makan ubat..itu rutin harian yang perlu dibuat..petang nanti ingat nak jenguk my mum kat wad jap..kalau larat lah..mintak2 larat lah sebab semalam pun tak pegi..
pada semua blogger yang singgah di blog liya yang tak seberapa nih harap ceria selalu ek..dalan hidup ni kita bahagia bukan kerana kita rasa diri kita bahagia..tapi bahagianya kita bila orang yang mengenal kita bahagia kenali kita...hihihihihi...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dulu lain..sekarang lain...

sekarang kehidupan dah lain..dulu macam2 yang aku boleh buat..tapi sekarang banyak benda yang aku takleh buat..makan pun dah kena had kan dah..tapi aku bersykur kerana masih berpeluang melihat dunia nih..masih di berikan kesempatan bernafas..
sekarang hidup bergantung pada dialisis..tapi semua tu tak menjadi hal..asalkan boleh terus sihat aku akan berusaha sedaya upaya untuk teruskan hidup..cuma yang menyedihkan aku keadaan hubby ku..aku tau sejak aku sakit dia sangat susah..tapi apakan daya ku..dulu berat badan hubby ku 78kg,,tapi sejak aku sakit dia dah kurus sesangat..berat badan pun dah 63kg,,,makan,pakai dah tak terurus..
bila dia balik jenguk aku kat kampung aku tanya pada dia..abg okay ke...dia kata asalkan sayang sihat abg akan okay jer..janji sayang sihat..sedih plak aku tgk keadaan hubby aku.....hurmmm....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kembali berbicara..............

lamanya tak menulis kat sini..bukan takmo menulis tapi dah 2 bulan kat wad..hari ni baru hari kedua kat umah..tu pun hanya dapat balik selama 10 hari je neh..nanti 6hb feb kena masuk wad balik..tapi dapat balik kejap pun happy bukan main lagi diriku ini..hehehehe
  petang nanti nak pegi melawat mak plak kat wad..kebetulan hari kita dapat kuar wad mak plak masuk wad..jadi boleh lah kita melawat dia walaupun takleh nak jaga dia..dah lama tak bukak blog..cuma sesekali sempat bukak FB jer..tu pun just tgk2 jer..

moga semua blogger2 sihat jer ya..semoga ceria selalu dah di permudahkan segala urusan semua.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "