SAKITNYA CINTA



bingkisan ini buat seseorang yang dah lama tiada disisi
telah lama berkubur di hati
hanya belum luput dalam ingatan
mungkin satu hari nanti dalam ingatan jua akan hilang

masih ku ingat kau dan aku pernah menangis kerana cinta
itu tak mengapa..tak menjadi satu dosa
kerana itu sebahagian dari fitrah dunia
aku harap jangan lah itu mematikan hati kita
memadamkan hati kita
teruskan lah bercinta
kerana cinta itu indah sebenarnya

jangan sekali-kali berprasangka buruk pada-Nya
setiap yang tuhan tentukan pasti ada hikmahnya
mungkin jodoh kita telah tiada
walaupun hati kita sejiwa
kini kau tetap tinggal dalam ingatanku
walau tidak lagi di hatiku
cinta ku telah dimiliki
namun ku tahu kau masih sendiri
moga ada cinta sejati yang bakal menghuni hatimu..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU MENCINTAI MU KERANA..........



mencintaimu bukan kerana aku mencari kesempurnaan
bukan jua aku mengejar kemuliaan
tetapi sudah hati ku inginkannya begitu
cukuplah sekadar dirimu apa adanya
tidak perlu ditokok tambah
bagi ku sederhana itu sudah memadai
merendah diri itu mulia
semua yang engkau miliki
sudah cukup membuat dirimu bermakna buat ku

mencintaimu seadanya dihatiku
senyum hambarku engkau jadikan madu
sendu tangisku engkau jadikan lagu
cinta dihatimu
aku hanya ingin cintai mu sebegitu
sesederhana itu
itu sudah cukup bagiku.............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA HIDUP TANPA CINTA



Hidup tanpa cinta,kasih dan sayang
bagai roda yang tak berputar
kaki yang tak berjalan
tangan yang tak bergerak hingga lumpuh lah hati
hingga mata akan buta
mulut ini tak berbicara
hidung pun tak bernafas
jantung tak berdetak
telinga tak mendengar
itulah hidup bagi manusia jika tiada lagi cinta
kasih dan sayang.............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TAKDE MOOD NAK MENULIS



takde mood nak menulis hari nie..
semuanya rasa bagai tak kena..
jadi sebelum semua jadi hura hara..
baik jangan kata apa-apa..
ada sesuatu yang menjadi persoalan dihati..
namun lebih baik hati pendam sendiri...
insyaallah nanti bila mood dah okay liya tulis lagi.......
assalamualaikum..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TERLALU BANYAK KENANGAN BERSAMAMU



dalam hidup kita pasti kita punya banyak kenangan kan..
dan kenangan itu kita simpan rapi dalam hati kita
suatu hari saat kita terlupa akan sesuatu atau seseorang
dengan kenangan lah kita akan mengingati semuanya
kenangan ada yang pahit mahupun yang manisnya
tapi walau sepahit mana pun kenangan itu tetap
akan kita ingati nya...ada yang kita bisa buat pengalaman
dan pengajaran dalam hidup kita...
hidup akan terasa kosong tanpa kenangan
setiap manusia pasti punya kenangan...

disaat kita ingin melepaskan seseorang pergi dari hidup kita..
cuba ingat kembali kenangan saat kita ingin mendapatkannya...

disaat kita tidak mencintainya lagi...ingat lah kenangan
saat2 kita mula2 jatuh cinta padanya...

disaat hati mula bosan dengannya..ingat lah kenangan
saat terindah bersamanya...

di saat hati terdetik ingin menduakannya..
ingatlah betapa setianya dia padamu selama kamu
hidup bersamanya....

bila kita ingat balik semua kenangan itu..pasti kita akan tahu yang betapa berertinya
insan yang berada disisi kita selama ini..hargailah dia selagi dia ada..jangan hargai bila dia telah pergi.
tiada gunanya lagi.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SURAT CINTA DARI HATI BUAT DIA



disini ingin aku tuliskan sepucuk surat cinta buat dia insan yang selalu aku cintai dalam hidup ini..dulu aku hanya menulis surat cinta sewaktu aku mula2 bercinta dengannya dulu..sejak berkahwin aku tak pernah lagi menulis apa2 surat buatnya...kalau dulu sampai 10 helai kertas aku habiskan untuk tulis sepucuk surat cinta buat dia..hari ni pertama kali sejak jadi isterinya aku menulis surat cinta buatnya.................

abg,jika satu hari nanti abg terbacanya
sayang hanya nak abg tahu yang saat sayang menulis
surat ini hati sayang terasa begitu kosong
tanpa abg disisi sayang............

abg,ketahui lah yang cinta sayang pada abg datangnya dari hati yang ikhlas
bukan kerana rupa mahupun harta
kerana sayang tak perlukan semua tu dalam hidup sayang
bagi sayang jika sayang takde apa2 didunia ni pun
tuhan bagi abg pada sayang itu pun dah lebih dari cukup..

sayang nak cintai abg hingga akhir hayat sayang
dan sayang juga mohon suatu hari nanti jika sayang pergi dulu
mohon tuhan pertemukan lagi dan jadikan kita suami isteri lagi dia alam yang kekal

mencintai abg bahagia hidup sayang
mencintai abg tak pernah jemu dalam jiwa sayang
jika abg takde umpama separuh dari jiwa sayang hilang..
sayang hanya boleh tersenyum dan menangis kerana abg

jika sayang terpaksa menangis seumur hidup syg hanya
kerana cintai abg pun tak mengapa bagi sayang
yang penting dalam hidup ni sayang ada abg
abg saat ini hanya tuhan je yang tahu betapa hati sayang rindu

rindu yang terlalu banyak
setiap hari sayang ingat abg
fikir pasal abg
tunggu abg kembali
setiap hari juga sayang berdoa pada tuhan
moga abg selalu sihat dan di permudahkan segala urusan
semoga abg selamat kembali di sisi sayang

namun kadangkala hati ini lain jadinya
bila abg tak telifon hati mula gelisah
sayang terasa mcm abg tak sayang kan sayang
dan terasa hanya sayang jer yang kala ini rindui abg

bila sayang rasa mcm tu
hati sayang terasa sedih sesangat
abg sayang cuma nak abg tahu
abg selamanya suami yang paling sayang cintai
selagi mata ini belum terpejam
selagi detak jantung ini masih berdegup
hanya abg di hati...........

dari jauh sayang doakan
sayang mohon pada tuhan
suburkan cinta dalam hati abg buat sayang hingga akhir hayat sayang
saya juga mohon tuhan panjangkan jodoh kita hingga ke akhir usia
salam sayang dan rindu dari sayang...........................................






" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU SUNYI BILA DIA TAKDE



sebenarnya aku sunyi sangat bila dia takde
walau dia ada dan dia tak bercakap pun takpe
sebab aku tahu dia ada
bila dia takde suasana yang riuh pun bagi aku tetap sunyi
sebab yang sunyi adalah hati aku
selalu dia tempat aku bercerita
walau dia tak kata apa2 aku tahu dia mendengarnya
dia tempat aku bermanja

aku rindu bila dia jauh
setiap hari aku ingat dia
tengok tv aku ingat dia
makan aku ingat dia
nak tido lagi lah aku ingat dia
lengan dia kan dah jadi bantal tido aku dan belakang dia
dah jadi bantal peluk aku

aku betul2 sepi dan sunyi bila dia takde
aku jadi sedih setiap hari
aku tak selera nak makan
dalam kepala.mana je aku pergi.apa jer aku buat
semua nya aku fikir pasal dia

hanya tuhan jer yang tahu banyak mana
dan betapa besarnya cinta aku pada dia
abg...........sayang sunyi bila abg takde.......................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ADUHAI HATI



aduhai hati suka sangat fikir yang bukan2
yalah kalau dia tak call fikir lain
bila dia call tiap2 hari pun fikir lain jugak
tetiba aku rasa seperti aku nih tak bersyukur dengan anugerah tuhan

sedangkan aku selalu cakap tiada manusia yang sempurna
setiap kelebihan pasti ada kekurangannya
sepatutnya aku ajar hati ku untuk terus bersyukur
bukannya asyik fikir yang bukan2 dan merungut

Ya Allah ampun kan lah aku
tenangkan lah hati ku
beri hati ku petunjuk
moga aku menjadi isteri yang selalu bersangka baik
pada suami ku..

nampaknya aku biarkan hati menguasai diri
itu yang membuat aku fikir yang bukan2
seseorang pernah berkata pada ku
jangan biarkan hati menguasai diri
kerana ikutkan hati boleh mati kita di buatnya

dalam hidup aku,aku terlalu cintai suamiku
aku menangis untuk dia
terluka kerana dia pun takpe
janji dia selalu ada..

bukan aku nak berperasaan begitu
tapi hati ini terlalu mencintainya
lebih dari aku mencintai diri aku sendiri...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BILA PENA KU TARIKAN



dah 2 hari rasanya tak menulis kat blog  nih
macam biasa kalau senyap takde post terbaru tu
maknanya saya demam..musim hujan nih kesihatan makin teruk
penyakit lelah dan semput melanda diri..
semalam plak buatnya demam melanda
jenuh jugak jadi nya..pertama kali semalam tido awal
nak tgk tv takleh sakit kepala dan jadi letih..

bangun pagi ni terasa okay sikit..sebab semalam pukul 3 pagi bangun makan ubat
sebab tak tahan sangat badan rasa mcm lemah sangat..
dah lama pena tidak ku tari kan..
selalunya bila pena mula ku tari kan semua kisah ku jadi kan cerita..
namun terlalu banyak kisah kehidupan yang ingin ku jadikan cerita
sama ada kisah suka mahupun duka

beberapa hari ni aku selalu dapat panggilan telifon dari hubby ku
tapi bila selalu plak tak tau nak sembang pasal apa
masing2 hanya tanya dah makan ke,sihat ke..
lepas tu masing2 diam
last2 hubby cakap okay lah..esok abg call lg..

tetiba aku rasa mcm hubby telifon aku tiap2 hari sebab terpaksa plak
ntah lah maybe itu hanya perasaan aku..hurmmmmmmmmmmm
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RINDU YANG TERSIMPAN



kadangkala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang
tetapi jiwa kita berkata mungkin aku saja yang merinduinya
lalu rindu itu tak terluah..dan kerana rindu itu tiada bertepi
kita terus menyimpannya didalam hati..

tak terluah bukan kerana apa..tapi takut akan merubah segala yang indah
kita amat takut untuk menerima kenyataan
kerana kenyataan selalunya pahit 
mungkin nasib diri bertuah secerah langit
mungkin juga nasib diri malang sekelam awan hitam
lalu rindu itu terus tersimpan
tiada siapa tahu ianya milik siapa.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PAGI YANG SAYU



pagi ni terasa sayu jer hati mungkin sebab dengan cuaca mendung kot..
hari ini alhamdulillah masih di beri peluang bernafas
dan masih bisa menjalani hari ini dengan berkeadaan agak baik
cuma penyakit semput agak teruk sikit..
begitu juga dengan batuk..beberapa hari ni batuk makin menjadi-jadi..
tapi tetap bersyukur dengan apa yang tuhan beri....

dalam hidup kalian apa yang baut kalian menyesal
pasti adakah..dalam hidup saya..saya sikit pun tak menyesal di berikan sakit
malah saya tetap bersyukur dan terima kasih pada tuhan
kerana bagi peluang saya melihat dunia indah ciptaan nya ini
walaupun banyak kurangnya diri..namun ramai yang sayangi..

cuma dalam hidup ini yang buat saya menyesal adalah
apabila terbenamnya matahari
umur saya makin berkurangan..akan tetapi amalan nya tidak bertambah
tuhanku sungguh aku hamba yang hina lagi kerdil disisiMu..
mohon Engkau terangi hatiku dengan cahaya hidayahMu..........amin
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA LETAKNYA DI HATI



bila hujan tetiba terasa jiwang plak
tambah-tambah bila hati merindui seseorang
lagi bertambah jiwang jadinya..

alah sesekali jiwang tak salah kan
tapi ya ke sesekali jer aku jiwang
macam selalu jer..hahahaha

dah tu nak buat mcmana dah aku
sememangnya orang yang sebegitu
jiwa dan hati aku dah ke arah tu
biasalah aku nih jiwa rapuh sikit..heheehe

percaya tak kalau aku kata yang cinta tu letaknya dihati
bukan di mata,telinga mahupun mulut
cinta yang letak di hatilah cinta yang betul-betul pasti

walaupun tersembunyi
namun getarnya pasti akan kita rasai
mampu mempengaruhi jiwa
hingga kita bisa melakukan hal-hal
yang tanpa kita sedari kan

bagi aku cinta sejati perlu datang dari hati
bukan dari mata yang hanya memandang pada rupa
bukan pada telinga yang hanya mendengar kata indah saja
bukan juga pada bibir yang selalu melafazkan cinta
tapi dari hati yang tak pernah jemu mencintai.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TEH PANAS VS BISKUT KERING



hihihihi...tak pernah2 dalam hidup aku minum teh panas
aku lah manusia yang paling tak suka minum air panas..
batuk sampai tak kuar suara pun aku tetap nak air batu jugak..
sampai aku demam gigil2 pun aku mintak air yang berais jugak..

dah lah aku takleh berpisah dengan kipas..
sejuk camne pun mesti nak bukak kipas..
hari ni mcmana tak brapa selera nak makan nasi
tengok orang makan macam sedap jer
tapi bila nak makan tak selera
last2 tak makan pun

pastu aku tertengok anak sedara aku makan biskut kering
dia cicah dengan teh panas..mintak dia suap kat aku
sedap plak...terus aku ambik cawan dan 2 keping biskut makan
terasa amat2 sedap lah plak....hahahahaha
hilang jugak lapar perut..hari ni beralaskan biskut kering 2 keping dan
teh panas secawan..layan jelah...............heehhe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HIHIHIHI...APA PUN TAK BOLEH DAA



baru nak berjiwang sikit di pagi yang hujan renyai2 nih
dah ada yang tegur kita kat fb cakap kita ni jiwang sangat
hahahaha...rasa macam nak jawab ikut suka kitalah..
tapi karang kita jawab mcm tu ada plak yang kecik hati..
jadi kita biarkan jelah..adoi mcmana orang nak maju..
baru jer nak menulis dah ada yang menegur..
tak salah berjiwa pun janji kita tak kacau orang..
kalau sudi baca..baca jelah...hadoi...apa pun tak boleh..hahahahaaha
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA UMPAMA SEBIJIK BAWANG



cinta umpama sebijik bawang
ketika bercinta kita mencari cinta yang paling dalam..
kalau kita mahu tahu erti cinta
kita harus mengupasnya umpama kita mengupas kulit
bawang itu satu persatu..
dan tanpa kita sedar didalamnya tiada apa-apa kecuali airmata..
sememangnya cinta itu indah..
namun untuk mendapatkan cinta yang tulus..
bukan semudah mengupas kulit bawang..
tapi dugaannya sepedih mata yang terkena air bawang................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA CINTA ADALAH SESUATU



bila cinta adalah nafas aku ingin hidup seabab..
bila cinta adalah keindahan aku ingin selalu memandangmu..
bila cinta adalah luka aku takkan peduli betapa sakitnya..
aku ingin terus mencintaimu,tanpa peduli seberapa pahitnya..
bila cinta adalah airmata,aku akan tetap tersenyum..
agar kamu tahu aku begitu tulus menyayangimu....

ku titipkan bicara ini buat dia..insan yang selalu istimewa
dalam jiwa ini selamanya....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEMALAM YANG HANGAT



macam suspen je tajuknya kan..hahahahaha
kita cuma hapi semalam sebab hubby kita call..
dah 2 hari kita tak dgr suara dia..semalam bila dalam call dari dia
bukan main suka lagi kita..sebab kita rindu sesangat kat dia..

tapi kelakar semalam hubby kita call semua orang kat kmpung..
dari adik kita sampai ke abg kita..sebab kita tak jawab dia call..
kita tak jawab bukan apa kita tak dengar pun bunyi hp kita
sebab kita lupa yang kita ttp hp kita..hihihihi

bila bukak tengok ada 5 miscal yang sampai pada kita
kesian kat hubby kita..tapi tak dapat cakap lama
hubby kita kat pendalaman jadi line asyik putus2
jap2 tak dgr pun dah lah kita plak semput
sebab penyakit lelah kita datang beberapa hari nih..

tapi dapat dengar suara hubby kita kejap pun dah okay dah..
kita dah hapi sesangat..sebab kita terlalu rindu dia
hubby kita kata esok abg call sayang lagi..hihihihi
lambatnya hubby kita nak habis kursus
rasa mcm lama sangat dah kita tak jumpa dia
kita rindu...........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KERNA AKU CINTA DIA



pada kamu yang pernah jatuh cinta
kamu pasti sanggup buat apa saja demi dia kan
sama macam aku..kerna aku cintakan dia
aku menangis setiap hari kerna dia pun hati aku tetap kata takpe
walau berkali-kali dia lukakan hati aku pun aku rela
dalam hati hanya kata kerna aku cinta dia..

maybe ada yang beranggapan bodoh terlalu mencintai seseorang
mungkin ada betulnya dan mungkin ada tidak betulnya
cinta seseorang buat kita rasa cukup bahagia
apatah lagi saat dia hargai kita
terasa diri sangat bermakna

namun kala cinta yang di beri di persia
memang terasa sakitnya
diri pula ibarat tak berharga dan langsung tak penting padanya kan
namun soal hati susah untuk kita ramalkan dan mengerti
terlalu misteri dan banyak rahsianya
hanya hati itu sendiri yang tahu
apa yang terbuku disitu..
namun hakikatnya manusia tak boleh hidup tanpa cinta
kerana cinta dan manusia sudah serasi
tanpa cinta hati kosong dan jiwa sunyi.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MACAM-MACAM ADA



sekarang macam2 ada kan..blog tumbuh bagaikan cendawan..hehehehe
tak lupa jugak halaman2 tentang cinta..hihihihi
tapi ada kebaikan juga..semua tu buat kita tau perkembangan dunia..
kita tau cerita dan isi hati orang yang sebelum ni kita tak pernah kenal pun..

aku sendiri pun ada buat jugak halaman nih..antaranya "luahan rasa dan kata cinta dari hati"
alah saja time bosan2 boleh menulis kata hati untuk dikongsi pada yang sudi membawanya
yang tak sudi tu tak payah kata apa2..hehehehehe..duduk dediam
sebab dalam hidup ni apa yang kita suka tak semua orang suka..kan..kan..kan...

pada kawan2 yang rajin singgah blog liya..bolehb cari page nih..luahan rasa..liya punya tuh
boleh luahkan segala rasa yang terbuku kat hati tu kat sana..
page kata cinta dari hati hanya untuk liya post apa yang liya tulis kat blog nih jer..untuk mudahkan sesapa yang nak membacanya..

tekan jer tajuknya dah pun masuk kat blog liya yang tak seberapa nih..
mana yang suka jenguk2 ke blog liya nih mekasih lah ek..
liya bukannya sasterawan negara..menulis hanya hobi jer
takde niat nak jadi penulis pun..tak layak pun..
jadi jika ada kurangnya biarkan jerlah ya..
maklumlah liya tak sehebat penulis novel cinta
hanya berkongsi apa yang hati rasa........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HANYA AKUKAH YANG MERINDU



pagi ni terasa sunyi jer..semua orang busy dengan hal masing2..
aku plak tetiba terasa nak mengadap komputer hari ni..
semua keje telah siap aku lakukan..terasa bosan pula..
nak tengok tv pun astro biasalah asyik2 cerita yang sama jer.
naik jemu juga mata ini melihatnya...

hari ni hari ke tiga dia kursus..hati ini masih terlalu rindu..
rindu yang teramat rindu..namun jauh disuut hati ada satu suara berbisik..
hanya akukah yang merinduinya atau dia juga rinduiku sepertimana aku rinduinya..
namun tiada jawapan bermain di benak ku..

tetiba terasa sayu bila terfikirkan semua itu..
mungkin betul hanya aku sekarang yang merindu..
mungkin dalam hatinya tiada sedikit rindu..
kerana tiada khabar berita..
setiap hari aku menunggu panggilannya..
namun hati hampa...

Tuhanku,
jika hanya aku yang merindu..
kau kuatkan lah hati ini untuk terus merinduinya
meski rindu itu tidak ku tahu terbalas atau tidak
kata orang jika kita mencintai seseorang
jangan harap dia mencintai kita
kerana cinta bukan untuk meminta
tetapi untuk memberi...................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "