lisa: "imran nk makcik dari smlm ada kat sini" lisa cuba bergurau..tapi di cubit oleh hanis..
puan lily: "baguslah kalau mcm tu lisa..bagus si imran tu..baik budaknya..makcik berkenan nak buat
menantu.." balas puan lily mengambung gurau tadi...
lisa: 'ko dgr tu beb..mama ko pun setuju imran tu jadi menantu..hahaha"..kira on jelah beb"
hanis: "banyaklah ko punya on..tu dapur tu ko dah on..karang tak masak asam pedas mama aku nih"
lisa: "dah lah..dari tadi lagi..aku cakap benda betullah..marah plak..kan makcikkan" sambil memeluk bahu puan lily..puan liya tersenyum..dia tau anak gadisnya itu pantang di bawak bergurau mula muncung nya boleh di ikat..
di bahagian depan imran,tuan hisyam dan haris sedang bersembang..biasalah orang lelaki bila perempuan sibuk memasak di dapur..mereka hanya bersembang..lagipun sudah ada dua orang anak dara sedang menolong puan lily kat dapur..anak dara perlu di ajarkan masuk ke dapur..nanti kawin boleh masak untuk suami dan mak mertua...
tuan hisyam: "mcmana hubungan im dengan hanis..?" tetiba soalan itu yang terpancul keluar dari mulut tuan hisyam..haris yang berada disebelah memandang papanya..dalan hati haris tertanya-tanya apa maksud papanya..adakah adik angkatnya itu bercinta dengan imran..dan kenapa dia sendiri sebagai abg tak pernah tau..walaupun sikapnya dingin terhadap hanis..namun setiap gerak geri hanis..haris selalu perhatikan..tanpa hanis sedar haris selalu merenungnya dari jauh..tanpa sesiapa tahu termasuk hanis yang sebenarnya hariss amat sayangkan hanis..
malah sayangnya pada hanis telah berputik sejak pertama kali papa dan mama nya membawa hanis ke rumah..tapi itu ketika kecil..dia melihat hanis membesar dan dewasa di depan matanya..ketika papa dan mama nya membawa hanis..haris berumur 10 tahun dan hanis 5 tahun..pertama kali melihat hanis hatinya sudah jatuh sayang sebagai seorang abg..namun bila dewasa sayang itu telah merubah menjadi cinta..ada cinta dalam hatinya dalam diam2 pada adik nya hanis..cinta yang di pendamnya sejak dulu..sejak hanis mula meningkat dewasa..haris sengaja melayan hanis begitu kerana dia tak mahu hanis terlalu rapat dgn nya..dia takut sampai satu saat dia takkan mampu simpan lagi rasa itu..sedangkan dia tau mesti papa dan mama nya akan membantah kerana hanis itu adalah adiknya..masakan abg cintai adik..
haris terlupa yang hanis hanya lah adik angkat dan dia berhak jika betul2 cintai hanis..tapi jauh di sudut hatinya terlalu sukar untuk dia menyatakan cinta pada seseorang yang selama ini di jadikan seperti anak sendiri oleh papa dan mama nya..lagipun nanti apa kata orang sekeliling yang tidak tahu hanis itu anak angkat sahaja..imran tidak tahu yang hanis hanya anak angkat..jika imran tau dia mencintai hanis..pastinya imran akan berkata yang dia gila..jauh haris mengelamun.........
imran:" kami mcm biasa je pakcik..im tak bagitau lagi hanis yang im suka dia..im nak bagi dia
peluang kenal hati im dulu.."
tuan hisyam: "eloklah kalau mcm tu..kalau korang dah bersedia nak kawin..bagitau pakcik
dan makcik.." lalu bangun masuk ke rumah...
haris: "im..ko suka hanis ke..?" haris cuba menduga..
imran: "ko rasa aku sesuai tak jadi adik ipar ko?" dalam nada bergurau imran berkata..
haris: "hanis cakap dia suka ko ke..?"
imran: "takde plak..tapi aku yakin dia suka aku..satu hari nanti aku akan jadikan dia suri hpd aku"..
haris bangun dan berlalu meninggalkan imran sendirian..pelbagai persoalan bermain di benaknya..betulkah hanis mencintai imran,,takkan semudah itu hanis jatuh cinta..kerana haris cukup kenal sikap adiknya sejak kecil lagi..yang hanis bukan seseorang yang mudah untuk jatuh cinta pada seseorang..dari sekolah sampai dah berkerja dia tak pernah melihat hanis keluar dengan mana2 lelaki..cuma sekarang ini hanis selalu saja bersama imran..dalam hati haris terfikir juga mungkin benar hanis telah jatuh cinta dengan imran kerana dia melihat hanis selalu tersenyum gembira bila berada disisi imran..hanis tidak begitu dengannya..hanis tak pernah cuba merapatinya sejak kecil lagi..
imran yang di tinggalkan sendirian bangun dan menuju kedapur dimana semua pompuan tgh sibuk memasak..
imran:"wanginya bau...makcik masak apa tu?"
puan lily:" makcik masak asam pedas kegemaran kamu dan pakcik kamu"
imran: "sedap nya makcik..terima kasih sebab masakkan utuk im..dah lama im tak makan asam pedas
dari air tangan mama.."
puan lily: 'lepas ni kamu makan lah puas2 im..tak lama lagi ntah2 makcik ni jadi mama kamu"
puan lily bercanda..imran tersenyum malu..muka hanis plak merah padam..si lisa apa lagi ketawa terkekeh-kekeh..
lisa: "ko ni senyap je hanis..setahu akukan...orang tua2 kata kalau diam tu tandanya setujulah tuh..hehe"
hanis:"banyaklah ko punya setuju..bab tu ko nak plak pakai pepatah orang tua2..bila bab lain bukan main lagi ko ek..orang tua banyak membebellah..itu tak boleh..ini tak boleh.."
lisa:"im..nanti kalau awak kawin dengan hanis ni hati2..sebab dia mcm mak nenek..hahaha"..
meriah di dapur dengan gelak tawa mereka semua..haris hanya melihat dari luar..apa agaknya yang begitu menggembirakan semua..adakah betul hanis akan berkahwin dengan imran..fikirannya buntu saat itu..adakah ini saatnya untuk dia mengatakan yang dia sebenarnya amat mencintai hanis..tetapi adakah hanis akan menerima atau hanis jugak akan menolak dan mengatakan yang dia gila..
hanis memandang ke luar tingkap..di lihatnya haris termenung jauh di luar..entah apa yang difikirkan oleh abg nya itu..hanis melihat haris bercakap di telifon..itu pastinya sofia gf abgnya..muka nya yang tadi ceria telah berubah menjadi kelat.................... (bersambung )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan