skip to main |
skip to sidebar
tenang
hari ni aku rasa tenang je..bila aku tak lagi fikir pasal dia..tak harap lagi dia tanya aku sihat ke,aku buat apa,aku dah bertolak ke,aku dah sampai ke,aku dah makan ke,mcmana aku,selalunya bila aku fikir pasal semua pertanyaan tu aku rasa sangat sedih..sebab dia bukan orang yang ambik tau pasal aku..bagi dia aku nih tak perlukan perhatian dari dia..dunia dia lebih penting buat dia..kawan-kawan dia,keje dia,dan aktiviti luar dia..sejak smlm aku tak harap ada pertanyaan apa pun dari dia..bukan marah..tapi hati dah cukup berfikir..buat apa di paksa orang tanya khbr kita dan beri perhatian pada kita..nanti dia buat dengan terpaksa dan dia tak jujur pada dirinya dan tak ikhlas pada kita..aku biarkan dia dengan dunia dia jika itu yang buat dia gembira..sebab aku tak mahu terus hidup dengan berpura-pura dan aku tak mahu jadi pelakon di dunia ciptaan tuhan ini..aku hanya mahu jadi aku seadanya aku..baik dan burukku tak perlu sesiapa menilainya..cukuplah yang menciptaku tahu siapa aku..aku ingin hidup berpijak pada bumi yang nyata..bukan hidup di awang-awangan menagih cinta pada seseorang yang tak kisah pun aku ada mahupun tiada..aku akan teruskan dengan duniaku dan aku tetap doakan dia bahagia dengan dunianya..dia sudah cukup dewasa..dia dah boleh fikir mana yang terbaik buat dia..dan yang pasti aku bukan yang terbaik dihatinya..mungkin aku langsung takde..apa pun hiduplah dengan hadapi apa pun dengan senyuman dan yakin tuhan itu selalu akan memberikan kebahagian di sebalik kesedihan..aku LEEYA HARLINA akan selalu begini ^_^ ------------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan