AKU DAN THE RED WARRIOR..........

semalam rasa sedih gila bila tgk bola..nampaknya takde rezeki kelantan nak masuk piala malaysia tahun nie..takpelah aku redha jelah..aku ni nak kata minat sangat bola tu takdelah..minat kalau team TRW jer main..kalau tak aku tak tgk pun..biasalah aku kan orang kelantan..mestilah aku sokong team negeri aku..hehehe

semalam walaupun kelantan kalah..tapi permainan kelantan dah cukup bagus..walaupun dah tahu kalah pemain semua tetap main hingga ke saat akhir..tu yang buat aku bangga walaupun agak kecewa..semalam memang tertekan gila tgk game tu..separuh masa pertama aku tgk dengan hubby aku..nampak sangat hubby aku frust..

hubby aku nih peminat setia red warrior tu..aku ingat lagi 2 tahun lepas masa kelantan kalah..hubby aku demam seminggu..hahahahahaha..kelakar plak aku rasa..tapi kesian pun ada..dah lah time semangatnya hubby aku gi tgk kat stadium..last2 kalah mau nya tak kecewa...

tapi apa pun aku tetap bangga dengan team negeri aku..biar lah apa orang nak kata..aku bangga aku anak jati kelantan..hehehehe..gomo kelantan gomo...heheheheehe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AISHITERU..............

tetiba 2,3 hari ni tiap-tiap hari aku dengar lagu nih..siap letak kat blog aku lagi..rasa macam best jer aku dengar lagu nih..hehehe.."AISHITERU" dalam erti kata lain aku cinta kamu..diapunya melodi sedap di dengar..tapi aku ni peminat setia kumpulan ungu..









lagu ungu semua aku minat dan lagu cinta antara aku dah hubby adalah tercipta untuk ku..tu lagu cinta kami..tapi asal lagu ungu semuanya aku minat..yang terbaru sekarang lagu percaya padaku..best tau..hehehehe..jom layan lagu ni sekejap..buat hilang tension dan saja meriahkan lagi pagi minggu nih..hehehehe...layan..............zasssssss
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU INGAT LAGI............

aku ingat lagi  tahun lepas..masa tu aku nih gila main game kat fb..jadi aku selalu bukak fb hubby aku untuk main game kat fb hubby aku..tgh aku main game tu..tetiba ada mesej kat chat tu "awak" kat hubby aku..mula2 aku takmo jawab..pastu aku fikir balik..aku rasa tak salah kali nih kalau aku jawab..

aku pun balas lah.. "awak takde dia gi keje'..hehehe..ada apa2 nak cakap kat awak ke..kalau yang awak2 tu umur sama dengan hubby aku ke,sama dengan aku ke,muda dari hubby aku ke takpelah jugak..ni dah jadi nenek orang dah pun..rasanya takyah lah nak ber awak-awak..panggillah anak ke,adik ke..ni awak..adeh...mcm tak leh blah jer..aku nak tergelak pun ada..

aku yang 32tahun ni pun bahasakan diri aku kakak bila orang muda dari aku..tak tercapai dek akal aku kejap..hang jap kelapa otak aku fikir..dalam hati aku tetiba terasa tak sedar umur dah brapa ke apa makcik nih..dah banyak kali aku tgk dia duk komen gambar hubby aku..semua gambar hubby aku dia komen "suka"..yang ni pun "suka jugak"..hadoi rasa nak pitam aku..bukan apa sebab umur dia dah dekat 50..jadi ayat tu mcm tak berapa sesuai..aku duk bayangkan kalau mak aku cakap gitu kat budak laki 29tahun..mau tergelak semua anak-anak dia..hehe

makcik yang aku cakap tu janda..aku baca status dia,dia asyik kesepian jer..kesian jugak aku..aku apa lagi merajuklah dengan hubby aku..hubby aku mula-mula dia heran jugak knp aku hangin tetiba..pastu bila aku kias2 dia faham..hubby aku mcm biasa lah time nak pujuk aku bukan main lagi..hubby aku cakap lah "dalam hidup abg,abg nak syg sorang jer,cukup dah ada syg jer dlm hidup abg,takmo dah abg oranglain" lebih kurang mcm tulah ayat hubby aku..

berbunga-bunga jugaklah kejap hati aku nih..aku bukan apa..aku sendiri ramai orang duk hai2..duk syg2 kat aku..tapi aku kata maaf dalam hidup aku hanya ada hubby aku jer..bukan aku nak perasan..tapi itulah kenyataan..bagi aku cukup dengan apa yang aku miliki..walau banyak kurang nya..pasti setiap yang kurang tu ada kelebihannya..buat apa nak kejar yang lebih baik di hadapan..mungkin yang kita ada dah cukup baik buat kita..cuma kkdg kita yang tak sedar................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU HAIRAN SEBENARNYA...

assalamualaikum..bertemu lagi kita di pagi minggu yang cerah nih..harap-harap cerahnya sampai ke petang lah ek..jangan hujan di tghari plak..tapi kalau hujan pun alhamdulillah jugak..kira hujan rahmat lah kan..

macam biasa masih sendiri di hari minggu pun..maklumlah hubby kita nie busy orangnya..kalah perdana menteri sesekali..hehehe..pagi ni pagi-pagi lagi aku termenung jer..aku pandang pemandangan luar jendela umah aku nih..banyak persoalan bermain dihati..ada macam-macam..sama macam astro..macam-macam ada..

aku berfikir sebagai seorang isteri,sebagai seorang perempuan salah ke kalau aku nih ada rasa cemburu..bukan apa setiap kali aku balik kampung ke..bila aku datang ada jer aku tgk pompuan duk berawak-awak dengan hubby aku kat fb..sekarangkan fb makin canggih..mana yang kita chat semua masuk inbox..jadi bila aku terlihat tu terasa jugaklah aku..awat time aku ada disisi hubby aku takde plak nak hai2..bye2 dengan dia..

pastu aku nih plak kalau nak pegi mana2 tinggalkan hubby aku,aku sengaja jer updates status cakap aku nak balik kampung lah..nak gi situ lah,sini lah..aku bukan apa..dalam hidup aku nih aku takde oranglain dah selain family aku dan hubby aku..jadi bila tgk ada jer pompuan yang duk awak-awak dengan hubby aku tu..terasa jugaklah aku nih..

cuba hai2 time aku ada..ni tiapkali aku takde jer duk hai2..cuba bayangkan kalau aku duk hai2 dan awak2 dengan laki orang..duk ajak jumpa semua..gamaknya apa isteri dia rasa..tu bagi pemikiran aku lah..aku sebelum aku buat sesuatu aku fikir dulu dan letak diri aku kat tempat orang tu..dengan buat mcm tu baru kita akan rasa kan..

mungkin bagi kawan-kawan yang baca coretan ni rasa aku ni jenis yang cemburu..tapi sebelum korang nak cakap mcm tu..try korang letak diri korang kat tempat aku..aku nih dah lah apa pun takde,sakit,tak lawa,,jadi jauh jika nak di bandingkan dgn pompuan yang duk hai2 kat suami aku tuh..hurmmmmmmmmmmmmm

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BANYAK BETUL KADANG-KADANGNYA....

kekadang dia buat aku gembira,
kekadang dia buat aku tersenyum manja,
kekadang dia buat aku diam tanpa kata,
kekadang dia buat aku terluka hingga airmata  temani saat dan ketika,
kekadang dia tinggalkan banyak luka,
namun apa pun yang terjadi antara aku dan dia,
aku rindu bila dia takde,
jiwa berduka bila jauh dari dia,
kerana dia suami tercinta,


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BAWAL 3 RASA DAN SUP AYAM

ni lauk-lauk yang hubby kita paling suka makan..
kita masak sendiri ni tau..hubby kita kata sedap..heheheh
mekasih kat hubby kita sebab kata sedap..hehehe

BAWAL 3 RASA


SUP AYAM

kalau sesapa nak resepi boleh jer..tapi tunggu liya rajin ek..kang liya bagi..okaylah ni jer coretan liya untuk hari ni..nanti lainkali jumpa lagi..mekasih pasa semua yang sudi singgah kat blog liya yang tak seberapa nih..i love you all.......daaaaaaaa

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PERTEMUAN YANG TERLEWAT....

kita di pertemukan disini..disatu saat yang tak terduga..
tanpa mengenal wajah namun kemesraan tetap wujud dalam dunia kita..
kau dan aku sehaluan,seirama,sehati juga sejiwa..
tanpa suara dan wajah..namun kasih antara kita mampu terjalin jua..
dari sahabat..kurasa kan ada satu rasa berbunga di hati..rasa kasih dan rindu..
namun apakan daya pertemuan ini telah terlewat..
hatiku telah dimiliki dan sungguh aku hargai cinta yang memiliki ku itu..
kasih akan ku kuburkan..rindu akan ku lemparkan..
hanya kenangan yang akan ku simpan..
jika satu hari kau terjumpa nota ini..
ku harap kau tahu ini lah rahsia hatiku...........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MUNCUL KEMBALI

semalam pukul 1 pagi pun masih aku tak dapat lelapkan mata..dalam bosan aku melawat FB kawan-kawan..tetiba aku terpandang status seseorang yang satu tika dulu selalu jadi peneman aku di kala aku berduka dan gembira..terus hati ini terasa sayu..

terimbas semua kenangan bersamanya..kenapa dia masih di hati hingga ke hari ini sedangkan pada dia aku tiada lagi..aku bukak wall nya..dulu kat situ akulah yang paling banyak tinggalkan bicara buat dia..kini tak pernah lagi..hati terasa sangat rindu..tapi telah aku berjanji tidak coretkan apa-apa lagi tentangnya..

namun hati ku masih lagi ingati dia..ntah kenapa dia selalu ada dalam jiwa..mungkin kerana dulu dia sahabat yang paling faham jiwa..masakan dengan mudah aku mampu lupakan dia..walau kini dia dan hidupnya dan aku dengan hidupku..namun doa ku sentiasa ada untuknya..........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUBHANALLAH..AKU MENCINTAINYA

senyummu adalah bahagiaku..
ceriamu adalah dambaku.
gelisahmu adalah kebimbanganku.
airmatamu adalah kesedihanku..
kau pengubat lara duka ku..
ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta...
jalinan ini bermula atas nama sayang..
pertautan ini berasal dari atas nama rindu...
sungguh ku cintainya kerana Allah.....


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU LAST PART..................

balik umah mlm tu mcm2 mak aku  soal aku pasal kuarga hubby..setelah dengar dari mulut abg aku..mak dan ayah aku cakap "cari oranglain lah"..terkejut beruk aku..dalam hati aku sedih sesangat kerana jauh disudut hati aku telah jatuh cinta pada lelaki itu sejak dia mula panggil aku sayang..

esoknya aku call hubby suruh datang rumah..hubby cakap nak datang..tapi tunggu punya tunggu hubby aku tak datang..lagi mengamuk orang tua aku..mak aku kata nampak sangat tak boleh buat suami..menangis aku call hubby aku..aku tanya dia betul-betl syg kan aku ke..kalau sygkan aku knp dia tak datang..hubby aku kata dia ada masalah yang tak dapat dielakkan..

esoknya hubby aku datang..tapi takde sapa pun tegur dia..hubby aku tetap datang jugak walau hanya aku jer yang bercakap dengan dia..aku rasa sedih dan kesian tgk hubby aku yang tiada siapa pedulikan dia..hubby aku kata takpe..orangtua kita tetap kena hormat..biar apa pun dia lakukan pada kita..

setelah bercuti di kampung selama seminggu..hubby aku ingin pulang ke johor..kerana dia keje dijohor..sebelum pegi dia datang jumpa aku..dia kata mcmana pun abg tetap akan kawin dgn syg..dan aku percaya kata-katanya..kami berhubung setiap hari melalui telifon..dia lah tempat aku mengadu..bila aku sedih..family aku plak masih tak restu..betul-betul sedih aku saat itu..

sebulan selepas hubby balik johor..ayah dan mak aku bagitau ada lamaran dari seorang lelaki yang rapat dengan family aku..umur laki tu agak tua sedikit..masa tu aku 26th dan laki tu 45th..aku tak tau apa nak buat sebab aku taknak..aku call hubby aku bagitau..menangis hubby aku dengar dan dia kata semuanya terpulang kepada hati aku..dia tak dapat kata apa-apa sebab aku ada mak ayah.......

pendekkan cerita atas sebab-sebab tertentu..jodoh tuh di tangan tuhan..dengan izinnya aku kawin jugak dengan hubby dengan izin dan restu dari family aku..dengan ketabahan hati hubby family aku dapat terima dia..malah mak aku syg pada hubby aku..apa jer yang hubby aku suka makan   mesti mak masak kalau kita orang balik kampung..alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan apa yang tuhan telah tetapkan..sesungguhnnya kalau jodoh itu telah tertulis..berpisah mcmana pun pasti akan bertemu jua..

kini genap usia perkahwinan ku dengan hubby tahun yang ke-6..aku yang sakit tak dapat jadi isteri yang sempurna..namun hubby tetap terima aku seadanya..bila aku sakit hubby tak jemu menjaga..tapi adat rumahtangga kadangkala ada juga dugaan datang melanda..saat itu hati perlu kuat pertahankannya..sehingga hari ini cinta kami tak pernah berkurang..malah makin bertambah......syukur alhamdulillah................sekian....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 7

setelah  bulan berhubung melalui surat,sms dan call..hubby bagitau dia nak balik kampung sempena raya..kebetulan kitaorang satu negeri..jadi hubby mintak nak jumpa dengan aku..maklumlah dah 3 bulan hanya melalui hp jer..belum pernah berjumpa..untuk senang kenal yang mana satu hubby..hubby bagitau aku baju dan seluar yang dia pakai warna apa..begitu juga aku..puas aku cari kat stesen bas tu..tapi tak jumpa pun seperti yang hubby aku cakap..

tetiba hp aku berbunyi..hubby kata dia dah nampak aku..berdebar-debar jantung aku..tetiba aku terpandang seorang budak lelaki sedang berdiri depan aku sambil bercakap dihp..dalam hati aku berkata takkan lah dia nih..mcm budak form 4 je..hahahaha..tapi sangkaan aku betul..lelaki tu datang menghampiri aku..terkejut beruk aku..dalam gambar tak hensem langsung..bila tgk depan mata hensem,putih tapi muda sangat..mcm budak sekolah..hahaha

memanglah hubby muda dari aku dari segi usia pun..tapi lelaki yang berdiri di depan aku nih tak sesuai dengan usianya  24tahun..macam 16..terkedu aku..setelah jalan2 kat bandar..aku bawak hubby ke rumah untuk di kenalkan dengan kuarga aku..sesampai dirumah mak dan ayah aku serta adik beradik aku terkejut tgk hubby aku..masa tgh buat air kat dapur mak aku datang..mak aku tanya aku bawak balik budak sekolah mana..hehehe..tapi adik-adik aku cakap hensemlah kak.. ^_^...

hari tu hubby makan kat umah aku..sebab malam tu abg aku janji nak hantar hubby balik..malam tu aku ikut abg hantar hubby balik umah nya..masa tulah pertama kali aku jumpa family hubby..familynya peramah..maknya pun okay jer...................bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ALAHAI KEYBORD..ALAHAI TETIKUS...

dah lama kita sakit hati dengan tetikus computer kita nih..bukan main susah nak guna sebab dah rosak..sekali jer kita klik..tapi yang jadinya double klik plak..hari tu rasa mcm nak campak kelaut jer..hehehe..nasib baik kat KL ni takde laut..kalau tak memang dah kelaut tetikus kita nih..tu baru masalah tetikus..

ni masuk plak bab keybord nya plak..hari tu okay jer..dua,tiga hari ni buat hal..butang no satu sampai sepuluh tak berfungsi langsung..jadi kita nak guna tanda seruan ke..apa-apa tanda lain takleh..geram betul kita..bila ntah hubby kita nak ganti baru nih..kita nak menulis pun susah..sedangkan menulis nih dah sebahagian dari hidup kita..

pada encik hubby cepat-cepat lag gantikan keybord dan tetikus lain..susah bebenor syg mu ini nak menaip..silap haribulan semua butang takleh nak tekan..tak ke parah jadinya..hehehehe..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SAMBUNGAN INILAH AKU PART 7...........

hehehe..hari tu aku kata nak sambung cerita inilah aku kan..nanti lah ek..petang-petang karang kita sambung lagi cerita tu ek..kita saja jer cerota tentang hidup kita..sebab setiap kita manusia didunia ni punya kisah yang berbeza-beza kan..ada yang happy penuh gelak tawa dan ada yang sedih hanya penuh dengan duka dan airmata..

tapi dalam hidup ni kita perlu rasa semuanya..barulah lengkap sebuah kehidupan..hari ni kita busy sikit..jadi tak sempat nak sambung..sebab jap lagi kita nak tgk rancangan melodi jap..kalau lepas rancangan melodi kita tak busy kita sambung ek..sebab nak masak pun kita sorang jer kat umah..hubby kita keje..hari ni kita rasa nak makan karipap sardin lagi..sebab semalam makan best..karipap sardin tu kegemaran kita..tapi hari ni dah habis plak masa kita nak keli tadi..ada yang kentang jer..kita beli jugaklah 2 bijik..

nasib baik smlm dah makan jadi takde lah kempunan nak makan karipap sardin..kalau kempunan manalah nak cari batu belah batu bertangkup sekarang nih..hahahaha..21hb minggu depan kita kena balik kampung kejap..sebab hubby kita suruh..tapi insyaallah kita siapkan dulu separuh kisah inilah aku tu ek..kat kampung pun boleh jugak kita nak berblog..cuma takut tak sempat jer..maklumlah kalau kat kampung banyak yang nak di buat..nak tolong mak kita masak lah,nak layan anak-anak sedara kita lah..hehehe..jadi takut tak sempat kita nak luangkan masa kat sini..oklah daaaa...................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HUBBY DAN KURSUS INDUKSINYA...............

rasa kejap jer masa berlalu dah makin hampir dah hari hubby nak gi kursus..bosan gila lah diriku bila hubby takde..yalah aku kan cuma ada dia jer dalam hidup aku selain family aku..jadi kalau dia takde memang bisan lah hidup aku..nanti takde orang yang aku nak kacau..aku kan suka kacau dia..

hubby kursus selama 10 hari kat perak..dan aku balik kampung dulu sebab hubby tak bagi aku tggl kat KL sorang2..bahaya katanya kalau tetiba aku sakit..selama 10 hari aku perlu lalui hidup yang maybe paling bosan dalam hidup aku..tapi nasib baik raya haji tu hubby dah habis kursus jadi sempat lah beraya bersama..kalau tak sempat raya bersama lagi lah aku sedih..sebab raya puasa hari tu aku dah raya tanpa hubby..

pada encik hubby kat tempat kursus nanti baik-baik ek..jangan lupa sayang kat kampung..free je abg call syg ek..kalau tak dapat call pun sms jadi lah..nanti syg rindu banyak-banyak..nanti syg mesti sedih sebab syg bosan bila abg takde..moga semua urusan abg di permudahkan olehNYA.............i love you..... ^_^....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 6

aku kenal suami aku hanya dalam sms..satu hari tu aku dapat sms..aku ingat lagi bunyi sms nya..katanya dalam sms tu "lu katne,wa tak dapat datang nih..wa ada keje" gitulah lebih kurang bunyi smsnya..aku yang kehairanan terus hantar balik sms tu pada dia sebab aku takut mungkin dia adahal penting nak bagitau kawan dia..tak lama lepas tu dia hantar sms cakap maaf sebab dia tersilap hantar..aku terima maaf tu tanpa rasa apa..
 minggu kemudian selepas kejadian silap sent mesej tu..aku dapat mesej lagi dari no yang sama..dia tanya khbr aku sihat tak..aku hanya reply sihat jer..pastu dia tanya boleh tak nak berkawan..aku heran kejap..setelah minggu menyepi dia sms lagi nak berkawan..kebetulan aku yang sememangnya takde kawan menerima salam perkenalan tu..
tetiba aku dapat tahu kawan aku yang aku baik sorang tu adalah kawan sekolah dia..aku apa lagi ambik kesempatan tanya kawan aku tu siapa dia..kawan aku terkejut..dia kata "oh..budak paling baik kat sekolah tuh.." lain sangat cara cakap kawan aku tuh..tiap hari dia sms aku..makin hari kitaorang makin selesa berkawan..kawan aku tu plak satu hari call..dia tanya aku betul-betul ke nak berkawan dengan hubby aku tuh..aku cakap yalah...tetiba dia boleh bagitau dia sebenarnya sukakan aku selama ni..hadoi....pening aku kejap..pastu aku cakap baik2 dengan dia yang aku anggap dia kawan jer..dia kawan yang baik..tapi aku tak layak buat dia..dia marah dia kata aku takmo kat dia sebab aku dah jatuh hati kat hubby aku tuh..haru aku di buatnya..
sejak malam tu dia tak pernah call aku lagi..tanpa aku sedar aku kehilangan kawan..hubby aku masih lagi sms mcm biasa..satu hari dia mintak nak call..katanya sejak berkawan dia tak pernah lagi dgr suara aku..dah lah nak call..dia duk panggil "sayang' plak kat aku dan suruh aku panggil dia abg..aku rasa mcm dia tak betul jer..baru sms  minggu dengan aku duk panggil aku sayang2 dan dia muda dari aku..ada ke patut dia suruh aku pamggil dia abg..dalam malu2 dan susah sangat aku nak panggil dia abg..
pertama kali dia call kita orang sembang kejap jer..pastu tiap hari dia call..kkdg dari malam sampai pagi..dan makin hari aku rasa makin suka pada dia..tapi aku tak tau suka tu cinta atau hanya sebagai kawan jer..dah dekat  bulan duk sms dan call..aku mintak dia hantar kan gambar..dan aku hantar gambar aku kat dia..bila gambar dia sampai..semua family aku tgk dan diaorang kata tak hensemlah..hahahahah..hubby aku nih jenis tak hensem dalam gambar..................... bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 5


 sambil ubat kaki tu aku perlu buat pembedahan untuk jantung plak..sebab jantung aku makin teruk..jantung aku tak normal..lebih besar dari jantung orang biasa..doktor masukkan 6 tiub ke jantung aku untuk kuat kan jantung aku..tiub tu boleh bertahan selama 13 tahun..lepas tu kena tukar..masukkan dah sakit gila..doktor aku kata kuar kan dan tukar lagi sakit dari masukkan..aku harap masa nak tukar tu aku dah takde kot..sebab aku dah takmo rasa sakit..dah terlalu banyak aku rasa sakit dlm hidup aku..berbulan-bulan kat IJN..aku boleh balik..aku jalani hidup aku mcm biasa..namun tanpa dia lagi disisi..masa tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia..bukan sebab apa..itu adalah untuk kebaikan dia..aku tak mahu dia terus tak bertegur sapa dengan mak dan ayah dia.
sebulan kat umah keadaan aku makin pulih..aku makin boleh berjalan..walaupun jalanan aku tak betul mcm ketam..aku tetap bersyukur kerana aku masih berpeluang berjalan..kekadang terasa bosan kerana asyik kat umah jer..takde apa nak buat..tapi aku kena terima keadaan tu seadanya..sejak pembedahan masukkan tiub ke jantung tu..aku makin sihat..cuma sesekali demam biasa tu adalah perkara kecil jer..tapi aku tahu semua tu takkan boleh sembuhkan aku..semua tu hanya bagi aku peluang untuk bertahan terus kan sisa hidup yang ada ini..dan aku tak pernah mengharapkan aku sembuh sejak doktor bagitau aku semua tu..malah aku redha masih dapat bernafas dan masih berpeluang merasai mcmana mencintai dan dicintai seorang yang bernama suami..
tinggalkan kisah sakit..kisah pertemuan pertama kali aku bersama suami..cinta hati yang terlalu aku cintai dari dulu,kini dan insyaallah selamanya dia tetap akan aku cintai...............bersambungnya.... ^_^

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 4


laki tu dalam takut-takut berani bagitau makn ayah dia..hehehe..tetiba seminggu dari tarikh yang patut aku bertunang dgn laki tu..makn dengan ayah dia nak datang umah jumpa aku..mak dia kata pada aku dah kuarga aku "muka lawa tapi sakit..maaf lah dia takmo keturunan sakit,dia takut anak cucu dia sakit mcm aku"...hihihihi...menangis tak berlagu aku..tiap2 hari aku nangis..sampai seminggu aku nangis last aku sakit jantung..takleh bangun dan jalan lagi..terpaksa di kejarkan ke hospital dengan ambulan..bila laki tu tau aku masuk wad..dia terus datang dengan flight kat hospital..seminggu dia jaga aku..dia nangis bila tgk aku terlantar kat CCU..dia mintak maaf..pastu ada ke patut dia suruh aku tunggu mak dia meninggal baru kawin dengan dia..sebab dia kata dia takmo lepaskan aku..tapi mak aku kata takleh mcm tu..mak aku kata kalau dia takmo lepaskan aku..aku yang kena lepaskan dia..masa tu aku sakit dah terlalu teruk..hinggakan masa tu doktor mintak izin nak potong kaki kiri aku..sebab sakur darahnya dah banyak yang mati..buah pinggang dah hampir tak berfungsi..jantung plak tak stabil..mak aku kata kalau ya pun aku nak mati..biar lah aku mati mcm tu jer..tak payah potong kaki ke belah sana sini..lastnya aku di hantar le IJN untuk operate jantung..masa kat IJN tu laki tulah yang jaga aku..tiap2 hari balik keje dia jaga aku..berbulan-bulan aku lumpuh..kaki aku tak rasa apa..doktor cucuk mcmana pun tak rasa apa..jantung dan buah pinngang pun masalah..last doktor kata kalau nak selamatkan kaki tu..doktor kena operate dari perut sampai peha..kena buang salah satu saraf yang rosak kat kaki tuh..sejak buang saraf tu aku kena belajar jalan balik..tapi kaki aku takleh bengkok..sekarang aku jalan pun agak tempang sikit..tapi aku bersyukur sebab aku masih boleh berjalan..walau aku takleh panjant tangga,kayuh basikal,berlari..sebab dengan perlahan-lahan aku masih boleh berjalan........................ bersambung


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 3

masa kat wad tu nak bulan puasa..aku koma..tapi raya pertama aku sedar dan sedar kejap jer..sempat aku tengok semua family aku datang beraya di hospital..pastu aku koma balik..hehehe...bila aku makin okay aku di pindahkan ke wad biasa..kat sana 4,5 bulan aku boleh balik umah..kat umah aku sakit sikit-sikit jer..tak perlu masuk wad..masa aku umur 19 tahun tu adalah orang suka aku..masa tu aku dah tak tembam dah..berat aku masa kat wad 32kg..hahahaha..kecik sampai tak nampak aku kat tilam,nampak tilam jer..adalah sorang budak laki suka kat aku..tapi aku takmo lah..aku kan orang sakit..mana tau kot masa sihat jer orang nak..bila sakit campak pada family aku..pertama kali aku dapat bunga dari dia lah..aku takmo pun dia bagi..hari-hari dia datang umah..dia buat baik dengan family aku..aku tetap takmo jugak..walaupun mak aku pujuk..aku tetap anggap kawan jer..sampai dia marah dan tak pernah datang2 dah..umur 21tahun aku mula kenal apa itu internet..masa tu aku sibuk habiskan hari2 aku tulis novel saja2 jer..untuk bacaan adik2 dan kawan sekolah diaorang..aku mula pandai main YM..hahahaah..kuno kan aku..tapi itulah aku..maklumlah akukan tak belajar tinggi..dalam tu aku berkenalan dengan seseorang..tapi aku tak mahu sebut namanya..sebab nanti encik hubby jeles..hehehehe..dia baik sangat tapi tak hensem..akauntan dari johor..kami berkenalan dan dia datang jumpa aku..ntah mana lebihnya aku dia boleh jatuh cinta kat aku..family aku sayang dia sebab dia baik sangat..setiap hari dia call aku..pendekkan cerita tentang dia..satu hari dia hantar family dia merisik..masa merisik tu mak ayah dia tak datang..yang datang hanya mak2 sedara dan pak2 sedara dia...semua setuju bila tengok aku..diaorang kata lawanya aku..tapi diaorang tak tau siapa aku..sebab laki tu takmo cakap..aku rasa mcm tak patut plak tak cakap..sebab satu hari nanti kebenaran tu akan terbongkar jugak..aku suruh lah laki tu bagitau mak dan ayah dia............................. bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 2


masa tu aku sedih sangat sebab walaupun aku tak pergi sekolah aku tetap lulus bila exam bulanan..malah ada subjek yang aku dapat A lagi walaupun aku banyak habiskan masa kat wad..hampir setahun aku kat wad..bila kaki aku yang berlubang tu makin tertutup lubangnya..doktor bagi aku balik..doktor pun tau bosannya aku kat wad tu..setiap hari aku cuci luka kat kaki tu sendiri kat umah sampai lah lubang tu tertutup..setahun lebih baru luka tu tertutp sepenuhnya..tapi 3 dari jari kaki kanan aku mati..tak boleh gerak..tapi aku masih boleh berjalan perlahan-lahan..aku tak pernah ke sekolah sejak tu..hidup aku asyik ulang alik ke hospital dan makan ubat..aku redha dengan semua ketentuan tuhan pada aku..setiap hari aku demam,kejap demam,kejap baik..sampai lah 2 tahun lepas tu sekali lagi aku sakit teruk..masa tu aku try keje..saja kebetulan ada orang tolong kira kan keje kat sekolah tadika..keje sebulan aku batuk,demam tiap2 hari..last sekali aku batuk kuar darah..masa tu bulan puasa..tengah bukak puasa tetiba aku muntah dan kuar darah jer..bergegas ayah aku bawak aku pegi HUSM..masa tu aku dah hampir pengsan dah bila sampai kat wad..darah masih banyak kluar..bila doktor check rupanya pembuluh darah ke jantung aku pecah sebab darah aku naik terlampau tinggi hingga 300 lebih bacaannya..doktor terpaksa masukkan darah lain sebab masa tu aku dah jadi anemia dah..cari punya cari darah tu takde kat malaysia..darah jenis AB- ..terpaksa tel ke singapore yang paling dekat dan dapat bekalan darah tuh..lepas masukkan darah tu aku still takleh bangun dan jalan..rambut aku yang panjang paras pinggang doktor potong mcm tu je kat katil sebab susah nak pakai kan alat pernafasan tuh..kali ni 3 bulan kat wad aku masih belum stabil..malah satu malam tetiba mesin pernafasan tu berenti..doktor cakap kat mak aku aku dah meninggal..tapi mak aku kata belum..sebab dia kata bukan kali pertama jantung aku terhenti mcm tu..doktor suruh mak aku call semua family..suruh buat persiapan..makn aku kata dia tak mati lagi..mak aku tampar,mak aku cubit..last aku bukak mata tgk mak aku..mak aku kata doktor dan nurse nangis tgk..sebab diaorang kan rapat dengan aku..diaorang igt aku dah mati..aku di pindahkan ke CCU..wad yang kat situ semua pesakit hidup hanya tunggu mati sebab bernafas hanya dengan mesin..wad paling aku tak suka..semua semua yang lain orang tua..aku jer budak 19tahun masa tu..kat situ takde sapa boleh teman aku..sebab kat wad tu aku kena duduk sesorang..mak dan ayah kena duduk kat luar dan boleh masuk kejap2 jer time melawat.................. bersambung


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 1

tetiba teringat kenangan zaman sekolah dulu..dulu aku budak yang tembam..walaupun sejak lahir aku ada penyakit ashma dan jantung..tapi aku memang tembam sesangat..umur 9 tahun berat 58kg..tembam kan..hehehe..pastu umur 12 tahun kesihatan makin merosot..berat pun makin kurang..sekolah pun jarang pergi..asyik ulang alik hospital jer..makan ubat jer keje..kkdg boleh berjalan..kkdg takleh bergerak walau sikit pun..tiap2 hari aku nangis..sebab rasa mcm tak aci lah..boleh plak aku main aci tak aci kan..hahaha..rasa mcm tak aci sebab oranglain sihat..kalau sakit pun sikit-sikit jer..masa exam upsr dlm tak pergi sekolah tu aku dapat keputusan adalah 1A..paling bangang aku dapat D..hehehe..aku naik form 1..mcm gitu jugak kkdg gi sekolah,kkdg tak..kkdg boleh pakai kasut..kkdg kena pakai selipar..sebab aku sakit..masuk form 3..satu hari tu aku sakit teruk..cikgu hantar balik umah..kaki aku jadi biru..badan panas dan mengigil..balik umah aku rehat..kaki aku sakit bukan main..rasa menyucuk-nyucuk..makin hari makin merah dan panad kaki tu..pastu bengkak dan naik beberapa bijik bintik mcm jerawat..makin hari makin besar..hingga kemudian buat aku tak boleh berjalan..bijik tu pecah..berlubang besar kat atas kaki aku..hingga kan nampak ke tulang..masa tu aku bukan saja tak dapat berjalan..malah bergerak pun tak boleh..kena orang mandi  kan..makan kena bersuap,nenek aku,mak aku dan seluruh family aku jaga aku bergilir-gilir..aku di masukkan ke wad di HUSM..5 bulan dlm wad aku tetap mcm tu jugak..kaki aku pun tetap berlubang dan hari-hari nurse cuci..waktu cuci tu sakit tak boleh cakap..tapi aku  nih jenis kental..aku sakit sangat aku gelak tapi airmata kuar..setai hari aku perlu rasa sakit tuh..lama sangat kat wad aku boring tahap gaban..nak jugak balik umah..doktor bagi cuti..balik satu hari..esok masuk balik kat wad..sebab takleh balik umah..cikgu-cikgu selalu datang..kawan-kawan sekolah pun..aku ambik ujian lisan untuk PMR masa tu kat wad dan aku lulus..tapi mungkin nasib aku tak baik..aku tak sempat ambik exam PMR..sebab sekali lagi aku jadi mayat hidup..hanya berbyawa tapi tak mampu bergerak walau satu jari............................ bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

makin okay dah.................

setelah berhempas pulas dengan demam hari ni terasa makin okay..dah seminggu demam hari ni baru rasa okay sikit..itulah yang di namakan ujian..orang selalu kata jika tuhan bagi kita banyak ujian itu bermakna tuhan sayangkan kita dan jugak untuk menghapus dosa kita..bila dengar mcm tu aku terfikir banyak sangat ke dosa aku nih..sebab aku sakit sejak lahir lagi..takkan lahir jer aku dah berdosa..hehehe...


sebab demam dan asyik terbaring jer aku tak sedar bulan  dah pun masuk hari yang ke6..cepat btl masa berlalu kan..kkdg kita tak sedar waktu sedang tinggalkan kita..hari ni terasa sihat sikit..aku ingat nak kemas umah..tapi hubby aku kata cuba duduk dedian beberapa hari bagi sihat btl..aku dah seminggu duk terbaring jer..rasa bosan lah plak..badan pun rasa lemah asyik baring jer..hari ni ingat nak kemas slow2 jer umah ni..kalau rasa penat kan aku rehat lah..

muka aku pun aku rasa dah rupa pontianak harum siang malam dah sejak seminggu demam nih..yalah makan pun tak selera..smlm makan satay 2 cucuk jer..semalam kawan baik aku datang umah..banyak dia beli..tapi aku makannya sikit2 jer..okay lah takleh tulis panjang2..karang letih plak..tunggu sihat nanti baru boleh tulis banyak2...hehehehe...daaaaaaa
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku sedar aku siapa.................

dah 40 kali aku dengar lagu stacy kisah dongeng nih..betul2 mcm diri aku..aku kan insan yang tak sempurna..sakit,tak lawa,takde harta,tak keje,bukan tu jer..aku tak boleh jadi ister yang sempurna pun..aku tak boleh bagi hubby aku anak..sebab aku sakit..
    aku selalu sedar diri aku siapa..tak pernah sekali pun aku lupa diri..aku tahu apa yang aku ada dan apa yang aku takde..setiap hari aku tak pernah lupa siapa aku..hari ni aku terlalu sedih..dalam hidup aku memang aku selalu sedih..tapi tahun 2011 ni terlalu banyak buat aku sedih..ada yang buat aku sedih sampai aku jatuh terduduk..tuhanku..aku redha dengan apa jua dugaanmu..pada suami ku pula..tak perlu kau ingatkan diri ini betapa kurangnya aku..kerana setiap hari aku tak pernah lupa..pada suami ku juga...hidup aku mungkin tak lama..aku hanya ingin minta cintailah aku dengan seadanya..
  kerana dari dulu lagi kau tahu aku tak sempurna..aku tahu takde cinta sejati untuk insan seperti aku..kalau ada pun hanya dalam kisah dongeng jer..tapi selagi nafas mampu ku hela..satu jer yang aku minta..jujur lah cintai aku..bila aku dah takde..lupa aku selamanya pun tak mengapa..
  maaf jika aku betul2 tak sempurna..bukan diri ini minta..tapi semuanya anugerah tuhan maha kuasa..jika hidup mu sunyi kerana diriku tak mampu berikan apa2..aku minta maaf setulusnya..aku boleh izinkan jika ada cinta lain mengetuk pintu hati mu..namun jauh disudut hati..hati ini terlalu rapuh untuk menerima itu..hanya yang mampu aku minta..cintai lah aku dengan seadanya selagi aku masih bernyawa..............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara dalam diam.................

hari ni dah 1 okt kan..cepat betul masa berlalu..dah pun masuk bulan okt..lagi 2 bulan jer tahun 2011 ni akan meninggalkan kita semua kan..sepanjang tahun 2011 ni banyak suka duka aku telah lalui..ada yang buat aku tertawa dan tak kurang jugak yang buat aku menangis..biasalah kehidupan ni kan mcm roda..kkdg kita kat atas dan kkdg kita di bawah..mungkin smlm kita hapi sampai tergelak-gelak..tapi bangun pagi nih kita sedih hingga dari hujung mata kelihatan titisan demi titisan airmata kita mengalir mencium pipi kan..
   hari ni pagi2 lagi hati aku rasa sayu..tapi knp biar aku jer yang tahu..ini mungkin rahsia aku dan Allah..bukan aku takmo kongsi..tapi kkdg ada jugak dlm hdp nih kita tak boleh nak kongsi dengan sesiapa apa yang kita rasa..cukuplah diri dan Allah jer yang tahu.. ^_^...
   hari ni pun encik hubby keje..hubby kata dia takkan ada cuti langsung sepanjang bulan 10 nih..dan aku  dah biasa dengan semua tuh..cuma hati perempuan kkdg ada juga tertanya-tanya kenapa sesibuk itu hubby ku..sebab oranglain pun suami keje jugak..tapi ada masa untuk cuti kan..maybe aku tak pernah keje jadi aku rasa mcm tu kot..kalau aku pun keje agaknya aku takkan terasa hubby busy sebab aku pun mungkin akan busy jugak..
    tak tau knp dengan mata aku hari ni..sambil tulis blog boleh plak airmata ni kuar menitis..hahaha..sedih sangat ke hati aku nih..hati oh hati knp dengan kau hati..kau sedih sebab aku nih selali sakit sekarang ek..ataupun knp..hatiku jangan lah kau terlalu sedih..sepatuhnya apa yang terjadi pun dlm hidup nih..kau perlu ajari aku redha..bukannya bersedih tau.......hurmmmmm
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bila leeya harlina takde keje...hahahaha





" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

semarak cinta di the mines....







bukan selalu dapat kuar dengan hubby kita..dia selalu jer busy..tapi 3,4 hari ni dapat kuar bersama memang kita happy sesangat..kiranya 2,3 hari bersama tu salah satu kenangan terindah kita dengan hubby kita..memang kita happy gila..hehehehehehe.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hatimu milikku......................

pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati..
pernahkah engkau mengerti akan diri ku ini..
betapa hebatnya cintamu..memberiku sejuta pilu..
betapa agungnya asmaramu membuatku terpaku..
disisimu aku terdiam seribu bahasa..
dihatiku bergetar sejuta rasa..
namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu..
nafasku terhenti bila melihat dirimu..
terasa pantas degupan jantungku..
mungkinkah hatiku milikmu jua..
ku sayang padamu..
kan ku coretkan kenangan..
dalam sanubariku ini..
agar jadi yang terindah dalam hidupku ini..........................





" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kerana aku seorang perempuan....

bila post pic baby yang cute2 tu aku rasa sedih pulak..tapi tak pernah terlintas di hati ku ini yang hidup ni tak adil..setiap yang di takdir kan pada kita dalam dunia nie pasti ada hikmahnya kan..maybe tuhan bagi aku sakit sebab tuhan tau aku nih cukup tabah untuk harungi hidup nih..tapi ya ke aku nih tabah..hehehe..
macam tak caya jer yang aku nih tabah..tapi kawan2 dan orang yang kenal aku semua cakap aku nih kuat dan tabah..alhamdulillah semuanya dengan izin tuhan..tapi bila aku dgr wife kawan2 hubby aku dah mengandung aku mesti sedih..mula lah aku nak naik angin dengan hubby aku..sebab aku tak boleh rasa semua tu..
bila aku tengok hubby aku rapat dan main dengan budak2..lagi aku terasa..rasa sedih,rasa kesian kat hubby aku..tapi apakan daya aku..aku wanita yang tak sempurna..bila tgk baju budak2 yang cute2 tu aku teringin nak beli..tapi boleh beli untuk anak2 sedara jer..
maaf lah aku bukan nya saja nak buat cerita sedih aku kat sini..tapi aku kan seorang perempuan..bila diri terasa kurang aku rasa mcm aku nih tak guna pulak..kkdg aku rasa hubby aku kalau aku takde pun dia takkan rugi apa2..sebab takde apa pun yang aku boleh bagi pada dia..usahkan harta..anak pun tak boleh..hurmmmm...tanpa sesiapa tahu..jauh di sudut hatiku..tersimpan satu kesediahn yang selamanya takkan pernah padam.....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

si comel yang kiut miut....


ni semua anak sedara sebelah family hubby kita..comel2 kan..cute2 jer semua..
anak-anak adik hubby kita..kita suka tengok pic diaorang..geram jer tgk semuanya montel..
ketiga-tiganya lelaki..hurmm...bila lah kita plak nak dapat baby yang comel mcm tu..kalau kita ada baby mesti baby kita pun cute mcm tu..dah nak masuk 7 tahun kita kawin..tapi takde pun baby lagi..kita nak sangat walaupun sorang..doktor kata boleh bahayakan nyawa kita kalau mengandung sebab kita kan sakit teruk..tapi doktor kata kalau kita nak jugak insyaallah dia akan tolong..memang kita nak pun..kalau boleh sebelum kita menutup mata kita nak sangat tengok rupa anak kita..ikut muka kita or muka hubby kita..dapat sorang pun dah cukup..kita tak kisah pun walau bahayakan nyawa kita..mati tukan dah lumrah hidup..hanya sesuatu akan jadi sebab pada kematian tu..kita harap dan doa pada tuhan..moga kita boleh dapat baby walau sorang..pada sesiapa yang singgah kat blog kita nih..tolong doakan kita ek..mekasih... ^_^...........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara cinta buat dia peneman hatiku................

cinta adalah misteri dalam hidupku..
yang tak pernah ku tahu akhirnya..
namun tak seperti cinta ku padamu..
yang akan selalu jadi kenangan dalam kisah hidupku..
ku ingin selamanya mencintai dirimu..
sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku..
ku ingin selamanya ada di sampingmu..
menyayangi dirimu sampai waktukan memanggilku..
ku berharap abadi dalam hidupku..
mencintaimu bahagia untukku..
kerana kasih ku hanya untuk dirimu..
selamanya kan tetap milikmu..
di relung sukmaku..
ku labuhkan seluruh cintaku..
di hembus nafasku..
ku abadikan seluruh kasih dan sayangku..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia kenangan terindah dalam hidupku..................

sekarang kesihatan aku makin merosot..buat keje sikit dah lelah..
kkdg tu aku bercakap pun boleh lelah..belum lagi aku berjalan..
bukan berjalan kemana pun..berjalan dalam umah nih jer..
nampak sangat makin meningkat usia ku aku makin tak sihat..
ali ingat lagi doktor cakap aku takkan makin sihat..tapi hari demi hari aku akan makin sakit..
tak terdetik pun di hati ini sedih dengan semua tu..
aku selalu redha..dari dulu aku redha dengan takdir hidupku..
aku kan hanya hamba dan telah tertulis takdir hidupku oleh pemilik nyawaku..
masakan aku tak mau terima takdirnya..siapalah aku untuk menolak takdirnya..
aku bersyukur masih dapat melihat dunia ini selama 32tahun..
dalam 32 tahun usia ku banyak suka duka aku lalui..
ada yang pahit dan ada yang terindah..
yang pahit mungkin aku tak dapat menjadi isteri yang sempurna buat suami tercintaku..
dan yang paling terindah..aku miliki suami tercinta seperti suami ku dalam hidupku....
sungguh aku cintai dia..sampai saat aku akan menutup mata dan hidupku...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

tiada sesalan...............

duka derita tangis laraku didunia..
tidaklah aku sesali dan takkan aku tangisi..
kesedihan apa pun yang kurasakan dalam hidupku..
semoga tak membuatku kehilangan jernihnya hatiku..
takkan aku merintih..juga takkan aku mengemis..
ketidakadilan yang ditimpakan manusia..
bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya..
asalkan kerna itu tuhan menjadi sayang padaku..
segala kehendaknya..menjadi syurga bagi cintaku..
bukanlah kata manusia yang aku takuti..
tetapi pandangan Allah tuhanku yang ku takuti..
ada tiada aku milik NYa jua..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

demam melanda diri...

semalam tetiba aku demam..tangan belah kanan tak boleh gerak dan angkat..
hubby aku balik keje dia kena masak sendiri
sebab aku demam teruk sangat...tangan takleh nak gerak..nak bangun sendiri pun tak boleh..
terpaksa aku makan dadah yang doktor bagi tu supaya aku boleh bangun..
bukan apa aku kalau boleh tak mau menyusahkan sesiapa walaupun yang aku susahkan tu hubby aku..
balik keje hubby mandi kan aku..pakaikan baju
lepas tu dia masak dan suap makan pulak..sayu dalam hati ni lihat hubby aku..
yalah dia dah lah penat balik keje..kena pulak jaga aku..
rasa kesian dengan dia sebab dapat isteri mcm aku..
orang sakit macam aku nih rasa tak guna pulak..
apa pun terima kasih pada encik hubby..
sayang cinta abg...terima kasih jaga sayang..
masak untuk sayang.mandi kan sayang dan suap makan sayang......
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cintai lah aku dengan seadanya...

ku sedar ku tak seberapa..
jika di bandingkan dengan mereka yang lebih megah dari diri ini..
apa yang mampu ku berhias..
hanyalah hati yang ikhlas..
tersimpan hanya untuk dia yang sudi
mencintai aku dengan seadanya..
mencintai aku bukan kerna rupa..
dalam sendu,dalam hiba
ku harap dia rela..
mencintai aku dengan seadanya..
sanggup menerima insan yang tak sempurna
atau adakah cinta yang sebegitu hanya
wujud dalam kisah dongeng saja.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

terima kasih pemilik hatiku.............

pada dia yang memiliki hatiku..
terima kasih kerana telah memilihku
di antara ribuan bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih..
padahal kau begitu tau aku hanya lah wanita biasa
yang jauh dari sempurnanya..
disini ku ingin kau tau..
ku bukanlah wanita yang semprna..
aku begitu banyak kekurangannya..
namun ketahuilah oleh mu..
tiap harinya,tiap jam,tiap masa dan detik..
telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu..
maka ku harap kau cintai lah aku keranaNYA..
dengan apa adanya aku..
jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
maafkan aku kerana aku tidak sesempurna wanita lain 
yang pernah jadi pendampingmu..
aku hanya wanita biasa 
yang selalu menerima takdir hidupku
dengan hati yang redha............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenangan raya 2011...







kenangan raya kita hari tuh..tapi tanpa suami tercinta kita..sebab hubby kita kena keje time raya hari tuh..tu yang takde satu pun gambar kita dengan hubby kita..semua gambar dengan family kita...
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenangan di icity....



tengah belek-belek album kat fb yang lagi satu..tiba2 terjumpa gambar lama time pegi icity dulu..lama dah gambar nih..masa nih tembam sikit..hihihi..kenangan bersama adik2 dan kakak jalan2 ke icity...
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sedetik lebih......

buat suami tercinta yang selamanya di hatiku..

setiap nafas yang di hembus setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu..
dalam sedar di buai angan dalam tido dan khayalan aku selalu memikirkan mu..
ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang baru lah terasa ku bernyawa..
kasihku ku amat mencintai kamu..kerna kau beri erti hidup..
ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya..
di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupanku bersyukur adanya kamu..
biarlah kehilangan semua yang ku miliki di dunia asalkan masih ada kamu..
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "